Berteleku Dagu di Sisi Meja #4

Bismillah.

Long and deep.

Malam tadi sembang dengan SW, sambil tengok Aman tidur, sambil di urut-urut kaki. Nyaman.

Bila saya di sahkan mengandung, SW mengambil langkah separa panjang. Saya rasa begitu. Dia mencari jalan menambah rezeki. Dia mula busy – tapi saya biarkan. Saya masih ingat, masa baru-baru kahwin, bila saya tanya, sampai bila dia mahu temankan saya bermastautin di bumi sementara; KL, dia kata – Yu balik ikut saya ke Alor Setar bila sesuatu sudah berada dalam tangan saya.

Ya. Saya tahu dia tak main-main. Saya kenal siapa lelaki kerdil tapi berani mati ini. My Syahid. My life. My everything. Lelaki tegas (garang?) tapi manis.

Saya bagi support secara jihad seorang isteri dan juga sebagai sahabat. Setakat ini. Termampu itu sahaja.

Isnin, jumaat — malam wajib SW tidak ada di rumah. Kadang midnite, kadang 2-3 pagi baru balik. Saya pegang kuat rasa-rasa hati. Doa-doa hanya untuk kesejahteraan beliau.

Sabtu kadang kala dari pagi sampai petang.

Mampukah saya memikul rasa-rasa hasutan?

Mampukah saya memikul rasa-rasa yang Tuhan beri kepada seorang isteri pada suaminya?

Risau, resah, tiap kali suami masih belum pulang bila pukul 11 sudah terpampang. Tambah-tambah mesej tidak dijawab.

Sekali lagi saya tanyakan SW malam tadi. Apakah di sebalik kesibukkan mencari rezeki dunia? tidak cukup kah kita bersederhana?

Walau saya tahu hakikatnya impian dan harapan kami pada dunia dan akhirat adalah sama. Secocok.

Katanya;

Satu – Nawaitu utama.

Niat saya mencari rezeki Lillahi’taala. Kerana Allah. Untuk jalan Allah. Untuk ibadat.

Dua – Nawaitu untuk kecintaan.

Niat saya hanya untuk menyediakan tempat berlindung, pendidikan dunia akhirat yang sempurna, kenderaan selesa untuk bergerak, makan pakai dan sedikit kesenangan sederhana untuk isteri saya, anak-anak yang membawa nama kita, jika ditakdirkan saya tiada. Kahwin atas jodoh Tuhan berdasarkan timbul rasa cinta, selayaknya awak saya tinggalkan dengan kesenangan atas segala beban payah berdua. Tuhan, saya dan awak sahaja yang tahu apa yang awak beri pada saya dan anak-anak.

Tiga – Nawaitu untuk Keluarga.

Rezeki untuk dikongsi. Diberi-beri. Wajib menolong saudara sedaging sebelum memberi pada saudara seislam.

Saya senyum.

Tapi saya tambah.

Tahukah awak, dugaan kesenangan adalah dugaan paling payah untuk di tangani. Boleh jadi dugaan goda-godaan duniawi; nafsu wang, nafsu kebendaan, nafsu perempuan?

Curang? — tanya SW. Pandai menangkap.

Saya jenis tidak berdolak dalih. Ya. Saya katakan sahaja rasa cemburu.

Ia akan ada, Yu. Bukan janji, kerana tidak tahu bagaimana Tuhan membolak balikkan hati, tapi saya tahu siapa saya. Abd Wan Azizz itu bukan boleh dibawak main. Saya pegang kata-katanya “tidak boleh kamu mengpoligamikan menantu abah”. Inshaallah.

Tapi saya katakan padanya — jika jadi, saya terima jodoh itu dengan pasti.

SW, terima kasih atas keringat. Terima kasih atas usaha. Untuk kita. Dunia akhirat.

Ok, nak pergi menangis dalam toilet.

 

P/S: Nota ini wajib disimpan untuk masa depan. Adakah suami saya masih seperti sekarang?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: