Meja Makan : Madinah Al-Munawaroh

 

The Syahid’s – Gate 5, Masjidil Nabawi, Masjidnya Nabi. Nun dihujung kubah hijau, jasad mu Rasul..

Bismillah.

Ia bersifat peribadi. Perjalanan TRANSFORMASI bagi saya. As a turning point. Lillahi Taala. Untuk Mu Tuhan-ku.

Alhamdulillah, impian di jemput Tuhan termakbul. Dulu, saya nak sangat pergi, tapi Ayah pula dijemput-Nya. Kemudian, tiada lagi si lelaki mahram yang layak sehinggalah diijab-qobulkan dengan SW. After 4 years, akhirnya, ini hadiah anniversary perkahwinan paling manis diberi oleh Allah, melalui rezeki kewangan SW.

Kronologi panjang yang agak memenatkan sebelum berlepas 8 January (Ahad). Hari Rabu sebelumnya Aman sudah nampak tak sihat.

Rabu malam khamis, midnite, kami decided bawak Aman ke KPJ D’sara. Well, malam-malam, manalah ada Dr Datin Marz. Kami bawa je ke Emergency, di periksa oleh doctor, dan SW mahu Aman di-warded-kan aje. Untuk dia berehat. Saya, setuju aje lah. So, tidur ward-lah kami malam tu.

Khamis – Sabtu: Dr Datin datang membuat check-up, katanya tak teruk sangat, tapi eloklah kasi baik sebelum Sabtu. Agar keadaan Aman tak semakin teruk dek cuaca sejuk kering di tanah suci. Khamis hingga Sabtu berulang alik lah saya dan SW. Letih.. manakan tidak, pagi menjaga Aman, pukul 2 naik grap ke office.. pukul 7 balik ke ward. Jumaat malam sabtu, saya tidur berdua je ngan Aman. SW pulang ke rumah. Buat laundry, kemas rumah (kesamaan kami; sebelum pergi kemana-mana, rumah mesti berkemas, bau wangi, sampah takde, supaya balik nanti kepala tak pening), lipat kain dan packing.

SW sampai ke KPJ selepas solat subuh. Saya pulak pulang selepas breakfast. Packing barang sendiri, iron baju dan pack barang Aman. Tengahari, lunch dengan Bits. Dan petang, Aman discharged. Alhamdulillah. Dr Datin Marz sangat memahami. Mandian minyak harus diteruskan selama 7 hari lagi. Antibiotik 3 hari lagi, sebab ada nanah. Dan macam biasa, malam sebelum berangkat saya tidur almost 2 pagi.

Esoknya, walaupun flight pukul 1:05 petang, kami harus berkumpul di KLIA pukul 10 pagi. So, by 8:00am saya dah naik teksi ke KLIA. Family SW berkumpul untuk taklimat dan serahan passport, boarding pass, so do my sisters – Che Dien, Che Amash and Che Ta. Perasaan yang lain waktu bersalaman. Air mata agak murah untuk kami. Jarang adik saya tu menangis – dan ketika itu, tiada sekatan. Yang saya sangka kuat akhirnya menitipkan rasa rasa hati. Duhai Abdul Khair, anak-anak perempuan anda sangat kuat. You should be proud!

8 Januari [Ahad] : 9 Jam perjalanan dari KLIA – Madinah by MAS [MH800] — eh gila besar boeng.

Duduk je, bagi Aman susu dan tidurlah dia almost 3 jam (bangun awal dan letih dok tawaf sekitar KLIA). Alhamdulillah 5:15pm waktu Madinah (beza 5 hours late) kami mendarat. Alhamdulillah urusan imigresen dan kastam berjalan dengan smooth. Cuma kene tunggu lama sebab stroller Aman turun paling last sekali dengan all the kerusi roda. Selesai semua urusan, kami berjalan mengikut arah ke tempat bas-bas yang telah di sediakan oleh Rayhar.

Ketika itu, saya menarik hand luggage dan SW mendukung Aman. Digenggamnya tangan saya dan mengucapkan tahniah – tahniah kerana akhirnya kaki memijak jua tanah “rumah Muhammad saw”… air mata mula bertakung.

Ya, pertama untuk saya, ketiga untuk SW, pertama untuk Aman as well as Syuhada’ di dalam rahim.

Dari airport ke hotel tak berapa jauh. Dari dalam bas saya dah nampak kubah-kubah dari Masjid Nabi – Al Nabawi. Saat tu, air mata tak tertahan. Menangis jugalah saya di dalam perut bas. Allahuakbar, saat kaki melangkah turun, Allah.. seberang jalan hotel saja dah terlihat gate 25 – pintu Al Nabawi. Bahagian tepi, letaknya kubah hijau.. dan di bawah kubah itulah, tertanamnya jasad yang saya kenali ihsanya, tanpa rupanya – yang saya bersaksikan selama hidup ini – aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh-Mu ya Allah… Allahuakhbar..

Kami sampai selepas Isya’ lebih kurang 6 petang (2 pagi waktu Malaysia), terus ke dewan makan hotel. Aih, mana lah saya larat makan pagi-pagi buta, lagi pun dalam MH800 sudah 2 kali makan. Kuis-kuis sikit dan minum coffee, off we go to the room and get some sleep.

To Be Cont!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: