BERTELEKU DAGU DI SISI MEJA #3

Bismillah.

Bila beberapa orang (di office, di alam maya) bertanya; kenapa saya masak bekal lunch, banyakkah masa yang saya ada.

Masa yang saya ada?

Jadual saya hampir sama setiap hari bekerja selain rabu. Rabu selalu balik midnite.

6.15 pagi – Bangun untuk solat subuh. Biasanya, SW akan baring balik teman si Aman. Maka saya akan ke dapur, on mesin basuh kain (kalau ada kain kotor banyak), masak nasi, panaskan lauk pauk, sediakan lunch box  SW, sediakan breakfast dan  hi-tea box Aman. Kemaskan beg sekolah Aman. Pack semua siap di depan pintu.

7.00 pagi – Kejutkan SW, mandi, siap-siapkan diri. Masa ni lah saya akan layan kerenah pagi Aman. Nak minum lah, nak termenunglah, nak dukunglah.

7.20 pagi – Aman dan SW siap-siap.

7.30 pagi – Off they both go! Dan saya mula mengemas rumah, sapu-sapu, kemas dapur dan sediakan sarapan saya.

8.00 pagi – By 8am, saya memang akan make sure saya dah duduk di sofa. Having my coffee and bread with a peace. Baca-baca sikit. 1/2 hour setiap pagi.

8.30 pagi – Sidai kain, iron baju kerja, mandi, Dhuha dan ngaji sikit kalau sempat.

9.15 pagi – Off i go to office!

6.00 ptg – Off ke Dr.Z ambil Aman.

6.45 ptg – Biasanya dah sampai ke rumah. Sediakan dinner Aman. Biasanya hanya panaskan sup, atau kuah pasta, atau gorengkan nugget dan celurkan pasta, spegeti.

7.00 ptg – Suap Aman makan sambil sembang-sembang. This hour lah SW balik.

7.30 ptg – Mandi and solat. Habis solat, sediakan dinner serba simple dan kuarkan bahan masak lunch.

8.15 – 9.30 malam – Masa untuk SW dan saya bermain dengan Aman. Makan sama-sama (Aman sibuk ajelah).

9.30 malam – SW akan baca buku dengan Aman sampai dia terlena. Dan saya akan mula memasak untuk bekal esok pagi.

10.00 malam – Biasanya time ni dah siap masak. Sejenis lauk/gulai. Dan sayur-sayur cuci dan hiris siap-siap.

10.15 malam – Off dapur lite! Solat Isya, sembang ngan SW, atau time ni lah online – membaca, atau apa sahaja. Kalau ngantuk, tidur. Tak ngantuk, teruskan sembang atau online.

Dan begitulah esoknya. Lepas solat, masak nasi, masak sayur. Makanan Aman biasanya dh dimasak on weekend. Panaskan, dan celur pasta. bihun, potong buah je tiap pagi.

That’s my time table. So far tak susah. Ngandung pun ok je lagi ni, masih kuat.

Kenapa saya masak lunch box?

Mudah. Sebab SW.

Saya suka dia cium pipi saya tiap kali dia pulangkan bekas kosong ketika balik keje. Ciuman di tepi sinki sambil ucap “terima kasih”. Mungkin bagi orang lain biasa aje, tidak bagi saya. Mendapat ciuman manis SW, buat hati hati saya semngkuk kembangnya walaupun tiap kali dia cium, saya hanya balas dengan ” eee, cucilah bekas ni kat office”. Dalam hati, Allahu.. Allahu.. i felt like, Allah… itu sahaja.

Begitu juga pada waktu siang. Saya sentiasa menunggu pukul 2 petang. Waktu “typical” untuk SW habis makan dan solat zuhur. Dia akan wassap saya ‘ Sedap! terima kasih!”

Sedap itu subjective.

Saya lebih suka perkataan terima kasih tu.

Dan begitulah hari-hari, saya menanti ciuman di pipi, di tepi sinki dapur pada waktu maghrib.

Tapi bukan;ah dapat hari-hari. Kalau kurang ummp, saya takkan dapat ciuman. Dan saya berlatih lagi memperbaiki. Untuk upah dari suami.

Tu sahaja.

Memasak untuk seorang isteri  bekerja bukan mudah. Jangan sesekali memandang orang itu masak atau tidak, ia bukan pengukur kasih sayang isteri kepada suami, atau ketakwaannya. Bukan. Ia tentang hati dan naitu. Ia tentang banyak hal. Masak tak masak – bukan kita sebagai orang layak membuat ‘judgemental’. Saya lain, kamu lain.

Masak bekal atau tidak, makan di kedai atau di rumah, saya hormati si isteri yang bekerja untuk membantu suami menjalankan tanggungjawab membesarkan amanah Allah. Begitu juga si isteri sirumah berjihad di medan rumahtangga dari pagi ke malam hari. Bukan mudah!

Itu sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: