Lap lap meja berdebu

Bismillah.

Lama kan tak update. Tak ada sebab lain — tak sihat fizikal dan mental.

Kerusi baru di tepi meja?

Alhamdulillah.. 2 bulan lepas saya di sahkan mengandung anak ke-dua. Allah.. Allah. terima kasih. Kami memohon, Dia memberi. Peringkat permulaan yang amat teruk. Tak sehebat Ahmad Aman rasanya. Saya lembik, tersadai dirumah sepanjang November. Alhamdulillah, hari ni 4 bulan seminggu, saya sudah kembali separa active.

Total berat badan turun sebanyak 7kg sepanjang 2 bulan. Di marah doctor. Dengan darah yang rendah, dengan Hb yang rendah. Bertukar ubat selang 2 minggu. Saya dah stop ke KKK Kelana Jaya. Pergi ke KPJ, berita agak sedih. Dr Huam yang menyambut Aman kini tidak bertugas. Saya dan SW tiada pilihan, hanya tinggal doctor lelaki di KPJ. Maka Inshaallah, kami beralih ke Hospital Pantai, Bangsar. KL la I/C awak nanti Adik.

So far Alhamdulillah, saya rasa makin kuat untuk menjalankan tugas surirumah dan tugas di studio. Moga sihat-sihat Zuyyin Ibu.. harap segala kesukaran Allah permudah dan kita bertemu Ramadan ini.

Meja sekolah Ahmad Aman

Pelik kan aturan Allah. Masa saya dan SW menukar sekolah Aman di D’sara P, saya katakan kepada Editor yang saya tak mungkin dapat terus bekerja, kerana mengejar jadual sekolah anak. Again, tolak ansur juga yang diberi. Pujukan juga hinggap di telinga. Selain dari itu, saya ingatkan kalau keluar pukul 6.00 petang dari office, saya takkan sempat sampai 6.30 petang… salah! Cis!

Dari Cascades ke D’sara P, melalui IKEA, took me 15 minutes. Hehe.. again, Thanks Allah, mempermudahkan. MRT dah siap, jalan makin clear. Eh lega sangat. So bekerjalah saya seperti biasa. Fair enough kan. Plus, datangnya rezeki zuriat, saya rasa perlu untuk bekerja. Ibu want shopping baju anak-anak. Hehehe.. and for better education.

Alhamdulillah, Aman takde masalah kat sekolah baru. Makin rancak activities. Berkebun, swimming, cooking, lipat baju, dancing class, art class — all this thing every weekend dia akan practice kat rumah apa yang di belajar kat sekolah. Yah yah.. lantai habis berconteng, baldi penuh dalam bilik air.

Apa ajelah Aman, as long as anak Ibu active and happy be at school and home.

Meja untuk 2

1st Dec, Alhamdulillah, 4 tahun menyemai kepercayaan to each other mencorakkan rumahtangga dan masa depan syurga dan neraka. Saya tak sihat lagi pada masa tu, so just simple dinner, not just us, Che Amash and Hannah pun ada.

Tahun ni punya hadiah anniversary amat luar biasa (menaip ini aje air mata bergenang). SW is SW lah kan. Ahad lepas, dia membawa saya ke Masjid KLCC. Aman dropped rumah Che Amash. Gigil, air mata bertakung.. dada seakan nak pecah mendengar kalimah yang sentiasa saya dambakan. Allah.. terima kasih SW.. kalau tiada orang sudah saya peluk awak dengan teriakkan.

Moga Allah sentiasa merahmati hubungan ini.. Moga Allah memberi kasih sayang-Nya pada jodoh yang Dia kurniakan kepada kami.. Moga Allah mengetuk ngetuk hati kami agar sentiasa tidak alpa akan syurga dan neraka, akan tanggungjawab pada insan dan segala kebajikan.

Mohon dengan sangat, jodoh berkekalan sehingga Allah mengambil salah satunya.

I love you SW!

Hadiah akan di collect pada 8 January 2017. Inshaallah jika di izinkan. Separuh kaki sudah terlangkah.. selebihnya hanya Dia pemberi izin.

Adios for now!

 


Nota kaki untuk kenangan menambah senyuman.

Baru dapat gtalk msg dari SW:

Yang Arif, beliau tak jaga makan pakai saya..
nasi goreng, goreng tuk diri sendiri..
spender, pakai yg semalam punyer.. Kakakak Bye!

Hahaha.. saya sangat mithali. Akibat lama tidak mengemas kain dan cuci baju seminggu sekali. Ada ajelah.. bukak mata sikit, tuuu kat kain menimbum belum lipat tu. Yah yah yah!

Ah sedapnya nasi goreng boh sambal sadin malam tadi!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: