Atas meja : quick entry #9

Bismillah.

Banyak perkara berlaku, tak tertulis, tapi Alhamdulillah, masih melekat di kotak otak dan hati.

Ramadan

Alhamdulillah, tahun ni lebih banyak masa berbanding tahun terdahulu. Aman dah besar, tidur pun lebih lena dan senang nak manage. Setiap hari balik pukul 530 petang terus ke rumah untuk masak. SW ambil Aman di sekolah. At least saya punya setengah jam untuk memasak sebelum Aman balik (bila diabalik, saya tak boleh masak dengan tenang.. macam macam la kerenah nak di layan). Kena ganti puasa 9 hari, sebab tak boleh puasa pada awal dan akhir Ramadan.

Sempat juga jemput kawan-kawan berbuka bersama kat rumah. Sikit, tapi smooth. Yang penting, ikatan kami tak putus. Alhamdulillah.

Syawal

Tahun ni persiapan sangat-sangat simple. Saya tak tempah baju pun. SW pun ulang tayang baju 5 tahun lepas. Tahun ni kami pakai coklat teh ais. Aman pakai jubah Pachu beli masa di Acheh. Alhamdulillah, tahun ni dapat beraya di dua-dua tempat. Kami cuti awal cause sekolah Aman tutup awal. 2 hari sebelum raya dah balik ke Ipoh. Tahun ni, naik ETS ke Ipoh. Alhamdulillah, semuanya lancar dan Aman had fun.

Mak dah nampak sangat tua. Tahun ni agak pelik sebab banyak mintaknya. Kami anak-anak layankan aje. Minta tempah khemah 2 biji, supaya anak cucu dan tetamu boleh makan dengan selesa di luar rumah aje. Dia takmo kecah dalam rumah, sempit katanya. Minta juga biskut batang buruk – nak hat baru, takmo yang hancur; nak mazola yang sama saya belikan untuk mak mentua; nak dodol hat melaka, tak mahu KL atau Ipoh punya. Mujur kawan Raziqi balik ke Melaka (dodol Melaka memang sedap!), tetiba nak makan sosej, walhal mak tak pernah nak sentuh frozen food yang busuk bagi dia. Kami sediakan, asal mak gembira.

Pagi raya ke dua, kami dah naik ETS ke Alor Setar. Macam biasa, rumah Mak and Ba tak pernah sunyi. Cuci pinggan berdozen dah jadi rutin. Mak buat open house raya ketiga, tapi saya tak sentuh pun makanan, sebab saya demam dejak tengahri raya petama. Seriously, tahun ni saya tak merasa semua yang kedua mak masak. Sad, but.. less calories. Hahaha.

Raya ke 4 kami drove balik ke KL. Alhamdulillah, semua smooth. Enjoy the journey. Kadang, saya suka kesesakan lalu lintas, sebab masa ni lah saya apat spent masa dengan SW. Cakap pasal semua hal. Syukur, punya masa.

Ahmad Aman

Becok. Non stop bercakap. Now, BM dah makin improve, takdelah kami nak bagi arahan dalam English je. Pergi check up setahun setengah, Alhamdulillah, akhirnya berat cecah 7.4kg. Good job anak ibu. Nanti kita usaha naikkan sikit lagi sebab still dalam kategori kurus. Inshaallah, satu hari nanti Allah bagi izin Aman dapat tidur lena ye.

Nampak nak tumbuh gigi geraham and few lagi kat depan. Kuat makan buah tin, kurma, apple and tembikai. Makan nasi dengan salmon and sayur laju juga. He don’t want panggil saya Ibu, kalau menjerit panggil “Mommy”, saya rasa sebab cikgu dan nurse kat sekolah guna perkataan mommy. Tak apalah Aman, asal bahagia.

Bawak Aman jalan-jalan ke Melaka. Kami tidur di Holiday Inn. Rasanya kena bawak jalan-jalan selalu. Nampak sangat enjoy dia berlari dalam bilik dan swimming pool. Mungkin jemu dengan kecilnya ruang rumah, dan sedapnya angin dan ruang luas dunia luar Allah. Mungkin. Malamnya misi membawa Aman naik cruise berjalan dengan lancar. Woo wooo tak habis habis. Alhamdulillah atas kesempatan. cruise done.. tunggu besar lagi, kita naik roller coaster. Definitely, without me. Naik ngan Baba ajelah, Ibu gayat tinggi.

KN & SW

Alhamdulillah – bila perancangan Allah itu lebih maju dari perancangan kita.

Few months ago, SW masih di MesinNiaga dan saya katakan padanya – saya tak mampu berada di office 5 hari seminggu. Saya sudah jelak, tapi belum mahu meninggalkan arena ini. Saya kene come out dengan sesuatu yang baru – yang saya minati tapi tak punya kesempatan.

SW sangat mudah : bagi kertas kerja haluan hidup awak dan segala kegusaran.

Saya mahu memasak, berniaga, mahu juga mendesign, mahu sentiasa rumah kemas, bilik wangi, mahu belajar agama, tapi dalam masa yang sama mahu pegang duit sendiri. Duit bermaksud – saya masih perlu membayar bill saya sendiri (insurance, aset), masih mahu memberi mak, anak sedara dan siblings belanja, punya saving untuk waktu-waktu kritikal kami dan keluarga, mahu usaha sekolahkan Aman di tempat terbaik (ini paling utama), mahu membeli barang untuk diri sendiri dan keluarga tanpa susahkan suami, maka SW cakap yakinlah dengan rezeki Allah dan berhentilah kerja jika jiwa dah tak boleh berada di office. Lalu saya nekad menghantar notice 2 bulan. Tanpa rasa ragu dengan rezeki Tuhan dan pegang kuat pada suami.

Saya ni banyak sangat ketakutan. Tak kuat. Risau itu ini. Tak yakin namanya tu. Lempang laju laju kang. Kadang tu lah saya… jahil.

Sekali lagi, bila hati lapang, Allah kasi hadiah. Allahuakhbar… speechless.

Masa saya nekad, masa itu jugalah contract SW dengan MesinNiaga almost habis. Tapi dia dengan yakin setuju saya berenti kerja. Dan Allah memberi hadiah lagi, sebulan sebelum saya menerima gaji terakhir, Allah hadiahkan SW panggilan kerja dari Tabung Haji sebagai System Analyst, dengan gaji yang Alhamdulillah.. Allah.. terduduk kami. Sesuatu yang SW mahu sangat. Contract 2 tahun, Inshaallah berpeluang menjadi pengiring ke Mekah.. besar hadiah ni! besar! Jalankan amanah dan hadiah Allah ni sebaiknya, SW. Jangan siakan pemberian-Nya.

Dan, 12 tahun saya bekerja tak jadi sia-sia, bila saya rasa industri menghargai saya. Chef of Editor, offer saya pangkat yang sama, tempat duduk yang sama, anak anak buah yang sama, tapi hanya perlu kerja 3 hari seminggu, 2 hari full day di office, sehari di rumah. Maka, nikmat Allah mana lagi perlu saya dustakan – I said Yes. Hari terakhir saya bekerja 11/8, dan Inshaallah mula part time awal september.

Pengajaran yang saya dapat – YAKIN lah dengan Allah. YAKIN lah! Jangan gusar dengan perkara yang belum berlaku. Jangan takut untuk melangkah, asal langkahan tak pernah tinggal dengan dhuha, doa dan menangis sepertiga malam, sedekah, menjaga keluarga.

Tuhan, terima kasih.

Doa-doa;

Jangan ujian nikmat bakal mengalpakan lalu menjauh. Jangan ujian kesusahan bakal menyesatkan dalam resah kesesalan. Jangan ujian-ujian ini menghalang kami dari Syurga.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: