Meja Makan Tempura : Nara

Bismillah.

Sunday – 8 November

• Bye-bye Osaka and Kyoto

• Nara by JR

• Tokyo by Shinkansen

Alhamdullah, hari terakhir di Osaka. Malam semalam memang dah sipa-siap kemas barang. Kami pun takdelah plan nak rushing, sebab check out pukul 12 tengahari. So dalam 8.30 pagi kami dengan bersusah payah memikul beg-beg berat di bahu masing-masing. Good bye Osaka, till we meet again, Inshaallah.

Hujan renyai bersama angin sejuk pagi tu. Nak tak nak tempuh jugak. Habislah jugak JY300 beli payung transparent (tapi berbaloi, til now masih guna, tah camne tetibe ada 3 biji kat rumah). Aman was enjoyed the whether to the max, tidur and senyum memanjang dalam stroller.

Dari Osaka Station, terus naik JR ke Nara, non-stop almost sejam setengah. Agak pendalaman. View semua gunung-gunung, ladang dan kawasan perumahan kampung. Cantik sangat. All the way dari Osaka sampailah kami ke Nara, hujan still tak berenti. Alhamdulillah tak lebat, tapi kalau berjalan tak ingat dunia, boleh lenjun la jugak. But, Alhamdulillah, kami bernasib baik, masih boleh jalan-jalan walau terbatas dek cuaca lembap di Nara.

Nara bagi saya pekan kecil yang bersih, cantik dan aman. Ada satu universiti kat sini. Mungkin sebab ia pekan kecil, so suasana sunyi walaupun ramai aje orang. Sepanjang jalan ke Nara Deer Park, tepi jalan dipenuhi dengan kedai-kedai cenderamata dan buah-buahan. Ada jugak pertunjukkan buat mochi, kuih favourite saya. Tapi tak beli pun. Dorang still guna kaedah traditional, which memerlukan 2-3 orang memegang kayu alu yang besar dan memukul tepung mochi bergilir sambil menjerit. Saya tak sure dia cakap apa, tapi mula-mula dengar dari jauh saya ingatkan yakuza bergaduh. Yoshh.. kehkeh.

Nara ni famous dengan rusa.  Taman luas dan rusa-rusa ni memang bebas makan minum, tak kacau orang, agak jinak. Tapi banyak kali jugak la saya menjerit. Aman lak mata bulat. Sempat kami picnic kat tempat yang disediakan. Ada orang jual-jual, kami beli kopi je walaupun bau fishball goreng sedap gila. Bawak bekal salad dan sambal telur, tak lupa sambal ikan bilis mak mentua bekalkan. Sempat lah saya beli coin pouch satu-satunya tanda ingatan saya pada Nara. Serious barang-barang kat Nara cantik, tapi harga memang agak parah. Lagi pun hujan, so saya tak dapatlah memilih dan mencari kedai harga murah. So pejam mata ajelah masa membayar.. berbaloi, entah bila lagi nak sampaikan.

Habis separuh hari juga di Nara, kami harus lekas pulang ke Kyoto sebab kami dah beli tiket Shinkansen (bullet train) dari KL lagi. Kami merancang, Dia lah menentukan. Kami sampai ke Kyoto Station dah almost 5 petang, waktu tu dah gelap. So, hajat nak tengok Mount Fuji dari dalam bullet train tak kesampaian.

Shinkansen, antara satu impian saya. Antara pelaburan yang fikir banyak kali ongkosnya. So, memang kene enjoy this ride. Alhamdulillah terlaksana. Laju — memang laju. Susah nak explain laju macam mana, tapi few undang-undang membuatkan saya tau ia memang bergerak pantas, plus kalau dari Kyoto ke Tokyo by bus akan ambil masa 6-8 jam, shinkansen ambil masa 2 jam 30 minit. Aman tidur all the way ke Tokyo, so saya memang duduk je lah kat seat. SW cam biasa hilang (tengok dalam kemere, dalam toilet pun ada gambar). Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 8.30 ke Tokyo Station dan lost in translation untuk sampai ke Sakura, Asakusa. Takdelah lost, cuma agak payah jugak membaca peta, plus dah malam, dah letih, and Tokyo agak bising, moden, orang-orangnya agak menakutkan (first impression : perasaan saya pada malam itu sahaja).

Lepas berpusing di subway, naik tangga turun tangga, keluar masuk Lawson (mart) few times, kami sampai ke Sakura, Asakusa. Lights off!

image

Ini JR station tenpat tinggal kami. Til then, Osaka!

image

Welcome to Nara!

image

Ammar met Rusa Kun.

image

The Autumn Boys.

image

Pekan kecik Nara, time ni sejuk sangat, angin kuat. Nak hujan.

_DSC2952

Cam biasa, family photo time. My current wall paper.

_DSC2946

I can’t tell you, betapa cinta saya pada dia. Amash @ Makde Aman.. to you, big Thanks.

–   _DSC2947

 

_DSC2995 _DSC2983

_DSC2975

_DSC2959

Cam biasa – Ibu tetap senyum manis, kan Aman?

_DSC2956

Anak Abdul Khair yang kawaii – kihkih. Ayah!

_DSC2968

_DSC2964

I think ni kepala temple la. Tak perasan sangat.

 

_DSC2905 image

image

Merasa kopi Jepun. Sedap jugak, tapi Seoul punya kami lagi likat.

image

My banker – again, thank you. Time ni SW gigil.

_DSC2944

image image

_DSC3019

Kyoto Station

_DSC3018

Yang ditunggu dah tiba. Lajuuuuu~

_DSC3028

You Sir and you my lil one – been there, done that!

_DSC3021

Processed with VSCOcam with x1 preset

And finally, im a happy wife, cool mother! Alhamdulillah Tuhan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: