Meja Makan Tempura : Kyoto II

Bismillah.

Saturday – 7 November

• Arashiyama Bamboo Grove

• Ninen-zaka and Sannen-zaka Slope — Gion

— Itu itinerary untuk hari ke dua di Kyoto. Tapi finally kami sempat ke Arashiyama aje. Ada few sebab, kami keluar agak lewat, dalam pukul 8.30 pagi (kids.. kan), dan dari Osaka ke Kyoto kami ambil masa sikit di Station Kyoto untuk mencari stock makan. Dari Kyoto station kami ambil lagi train JR ke Arashiyama, agak jauh juga.

— Dari baca-baca blog lain, kami agak risau juga tak jumpa lokasi kerana ia tersembunyi di celahan rumah-rumah orang. Turun aje train, kami boleh nampak banyak juga orang berjalan. So, SW macam biasa, bila sampai aje terus on map. Berjalan menyusuri jalan-jalan rumah orang di sana, i felt nak dok sana. Bersih, cantik, tradisional, sunyi… but yet, bersistem canggih (tengok camera dan penggera lonceng nampak hi-end product cun gila). Kebanyakkan orang kat sini naik basikal ke JR station, so berlonggoklah kereta mewah depan rumah.

— Mula-mula nak sewa basikal, tapi memandangkan Aman sedang lena, tolak ajelah stroller. Plus, cuaca pun sedap je. Sempat SW dan Amash beli buah-buahan. Superb segar and besar-besar. Harga not bad. Sebelum jumpa bamboo grove, kami masuk kawasan kedai-kedai penduduk local untuk tourist. Eh la.. semerbak bau makanan. Tahan nafsu aje lah. Tak beli apa-apa pun, sebab boleh agak all the things bit pricey.

— Arasyhiyama bambo grove, Allahuakbar.. cantik, damai.. i had no words. Masa berdiri depan jalan utama, i was like.. Allah, dah sampai kaki dan mata, walhal few months ago dok like lah gambar ni kat IG and sibuklah sua-sua kat SW — cantikkan baba tempat ni.. bestnye kalau dapat pi (and sempat lagi bercita-cita ngan Cuk Ros nak jalan sesama). And, here i am. Tapi payah lah nak ambil gambar, sebab agak ramai. Saturday kan. Ramai awek-awek Jepun berkimono, mungkin ada upacara, sebab ada satu temple kat dalam.

— Lunch di tepi tasik, masuk kurma telur, salad dan nasi yang beli kat pasar semalam. Aman makan pisang and apple lenyek aje. Actually, nak naik love train, tapi memandangkan dah petang dan akan sampai hujung station pada waktu maghrib, kami tak jadi. Plus, saya simpan love train untuk melihat sakura bila ada rezeki spring nanti.. Inshaallah, kerana Kyoto dalam list tempat untuk di repeat. Once you went to Kyoto, its hard untuk tak kembali. Believe me.

— Sebelum balik, kami sempat singgah di museum kecil all about train love. SW memang hianglah dengan dslr-nya, sebab dia memang gila train and railway. Saya sibuklah mencari bookmark untuk jadi kenangan dan souvenir. After habiskan masa 5 jam, dari Arishiyama, kembali ke Kyoto Station and back to Osaka. Singgah makan kat satu restaurant halal. Berpusinglah cari oii. Dalam shopping complex besar. The taste — superb. Perjalanan yang jauh tapi berbaloi. Alhamdulillah. Ninen-zaka and Sannen-zaka Slope — Gion, tunggu kami datang!

Ok, gambar sikit sangat katanya. Baiklah, belanja gambar lebih sikit.

_DSC2671

Osaka Station : kira main station, macam KLSentral, tapi 3-4 kali ganda besar rasanya. Bersambung dengan shopping compleks. Bangunan moden yang sangat cantik dan sophisticated bagi saya. Ada satu penjuru yang boleh nampak Osaka Red Ferris Wheel.

image

Kyoto Station di waktu malam.

image

SW skodeng

image

Love train nak melintas. Comel betul. Nanti ada rezeki, kami mai ye, with second child?

Processed with VSCOcam with f2 preset

I cair. I felt in love.

image

Nak pi mana Kak Ochin?

image

Nyum!

image

Pokok bongsai tua. Eeee geram, rasa nak petik anak dia.

_DSC2693

Baru sampai station Arashiyama. Yang penatnya kat Jepun ni, sebab dorang sangat mematuhi law, kami pun tak berani bawak stroller turun pakai escalator. Nak tak nak pusing jauh sikit tunggu lif.

_DSC2692

Baru harvest.

_DSC2696

Anggur JY650 bersamaan RM24. Pejam mata… anak nak makan… Plus, tengok la besarnya, takde biji and penjual pun politebagi rasa..

_DSC2730

My BIL : menolak Hannah. Semua pagar pakai bamboo. Sunyi sepi, bunyi angin and teru-teru bozu je.

_DSC2706

Dah mula tukar warna, kat sini baru pertengahan autumn.

_DSC2703

Bau madu dengan bakar lempeng .. fuh semerbak. Geram je tengok..

_DSC2780

Ok, kongsi gambar tah hapa je si SW tangkap. Tak ingat, tapi rasanya saya nak tangkap gambar Aman alone. Time ni memang sejuk, berkelubung si Aman dengan selimut.

_DSC2777

Apatah si Ibu and Aman nak buat.

_DSC2776

Belakang rumah penduduk tak sah kalau takde pokok persimmon (pisang kaki). Geram je tengok. Daun dah gugur… nak winter.

_DSC2758

Family photo time! di tepi sungai kecil tepi kawasan picnic.

_DSC2747

Breathtaking view..

_DSC2742

The famous : Arashiyama Bamboo Groove.

_DSC2736

Syok kan ada photographer : banyak betul gambar tak senonoh saya.

_DSC2786

My buddie, my lil sister (tak berapa nak lil) : Amash, Mokde si Aman.

_DSC2839

Kegemaran SW : Train.

_DSC2834

SW cakap kat Aman : Ibu tu senyum aje kan.. (kihkih… mau tak).

_DSC2812

To you Sir, thanks.

_DSC2801

Perusahaan lemang kot ni Baba – kata saya. Pek! kene ketuk kat kepala. Cais!

_DSC2791

Selain pesimmon, orange pun banyak tanam kat sini. Eh gila nengoknye!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: