Meja makan Ahmad Aman

Processed with VSCOcam with f2 preset

My husband and i – favourite place. Taman Tun wet market.

image

You just name it — Inshaallah semua ada. Apon manis tersedap, kuih muih melayu terlazat.. and teh tarik yummih!

Bismillah.

I had a very amazing weekend. Takdelah amazing apa pun. Tapi banyak keje rumah dapat diselesaikan. Amazing lah tu.

Sabtu pagi ke pasar TTDI, tempat favorite kami suami isteri. Suka tengok orang-orang, kami pula gilakan sayur dan hasil laut, plus – as a bonus, apom manis kedai untie 78 sedap menjilat pinggan.

Tapi pagi tu misi saya nak beli ayam kampung organic. Nak buat ciken broth untuk Aman. Alhamdulillah ada. Nak beli tulang-temulang, kaki ke kepak, takde pulak. Ayam kampung biasa adalah. Organic takde part by part. Datang satu set. So beli ajelah. Beli sayur-sayur, breakfast and kasi Aman explore satu market .. balik.

Sampai rumah terus masak nasi ayam. Che Tah and Taj anak beranak nak mai. Had lunch together, kids play along.. happy mother, i am.

Lately Aman makin berselera makan. Kat sekolah makan lunch pukul 11.30 pagi dan dinner pukul 4 petang. Biasanya menu adalah bubur nasi dengan pelbagai protein dan sayur. Balik sekolah, dia nampak still nak makan lite dinner. Biasanya saya bagi mango, anggur, pisang atau bijirin beras. Takut dia fed up, saya plan nak bagi Aman makan sup malam-malam.

Ok, ni nak share resepi ciken broth. By the way, ciken broth banyak sangat khasiat (sila baca sendiri kat link2 yang bersepah), and salah satunya pembaikkan kulit dan menaikkan selera makan. So, totally – special untuk Aman.

Ayam, pakai ayam bandar pun boleh. Tapi sayakan SAYA. Maka, ayam kampung organic halal toiyibban jugalah yang saya cari. Yah, i am a overeacted monster.

Ciken Broth

Bahan-bahan:
• Setengah ekor ayam kampung (tulang-temulang)
• 1 biji bawang besar holland
• 2 ulas bawang putih
• 2 batang Lobak Merah
• 1 Biji Tomato
• 3 Batang Celery
• 2 sudu besar Organic Apple Cider (optional)
Cara-cara:
• Masukkan semua bahan ke dalam slower cooker, letakkan air (saya letak 3 mug)
• Dengan mode AUTO slower cooker, reneh selama 8 ke 9 jam sehingga tulang betul betul hancur
• Kemudian toskan dan sejukkan stok
• Rebusan stok ayam kemudian dimasukkan dalam bekas-bekas kecil dan dibekukan.
image

Bahan ikut kesukaan. Yang penting ada tulang ayam kampung.

image

Kene guna slower atau pressure cooker. Jangan masak guna periuk aluminium. Aluminium akan bertindak dengan cuka. No good.. no good..

image

Ciken broth jernih pilihan saya!

 ———————————————————————–
Air stok dah dibekukan, bahan-bahan yang dah ditapis takkan nak buang kan. So, saya kongsikan resepi seterusnya. Kehkeh..
Begedil Ayam Dan Vegi
Bahan-bahan:
• Baki bahan yang telah direnehkan (isi ayam kampung, bawang holand, lobak, celery, tomato)
• 2 biji kentang (paling elok guna gold yukon. tapi kali ni saya pakai kentang besar sebab time tu pi giant je. Yukon banyak jual kat pasaraya besar like sam’s, jaya & village grocer, cold storage).
Cara-cara:
• Cuci bersih yukon dengan span (jangan buang kulit) dan rebus sampai empuk
• Kisar kering semua baki bahan renehan (kisar kering, so pakai lah FP, tapi saya takde, so guna je stimmer blend Avent si Aman)
• Yukon yang direbus dah empuk, buang kulit dan lenyek sederhana hancur
• Gaul rata kedua bahan
• Bentukkan mengikut bentuk kesukaan (saya buat bulat dan nipis aje, sebab saya tak akan deep fry begedil).
• Sejukkan dan boleh di frozen-kan
image

Bahan-bahan utama Begedil Ayam.

image

Kisar bahan-bahan baki ciken broth jangan halus sangat.

image

Tips: Untuk mudahkan kerja menanggal kulit kentang, sebelum di rebus, hiris kulit kentang secara rounded — sederhana dalam. Nanti dah siap rebus, tarik je kulit tu.

image

Alhamdulillah, dapatlah untuk 2 minggu. Pastikan bekas penyimpan benar-benar kering dan tutupnye ketat.

:: Begedil ni saya plan untuk panggang tohor dalam non stick pan, dengan menggunakan olive oil sesudu kecil. Makan begitu aje atau masukkan dalam ciken broth pasta atau bihun.
Selamat mencuba! Alhamdulillah. Semoga saya istiqomah dan mendapat izin-Nya untuk terus menyediakan makanan Aman dengan tangan saya sendiri, dengan bahan yang saya pilih, tanpa gula dan garam, sehingga dua tahun dan tidak langgar segala pantang yang akan memudaratkan eczema Aman. Moga Tuhan izin.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: