RESEPI ATAS MEJA DAPUR #4

Bismillah.

Dah jadi kegilaan pulak lately minum lemon madu panas setiap pagi dan lemon kosong sepanjang hari. So, last few weeks, SW belikan saya lemon satu pax of 6. Eh dia ni. Selalu saya akan beli 2 biji untuk seminggu. Lemon bukan boleh simpan lama-lama. Elok cantik diluar, soggy di dalam.

Buat apa lemon banyak-banyak ni, so pagi itu masak Lemon Chicken untuk bekal kami. Pair-kan dengan salad. Nasik sejemput. Kami berdua memang sedang makan secara bersih. Persediaan ramadan. Suami isteri yang bermasalah perut. Ok, share resepi.

13046179_1293957940632183_470616223_n

Kalau lepas masak terus hidang, hirisan lemon boleh la stay. Tapi kalau untuk bekal atau simpan, buang. Nanti pahit.

Lemon Honey Ciken

Bahan untuk perap ayam:

2 keping dada ayam di hiris dadu (saya tak pakai dada, saya guna lebihan ayam yang ada)

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu kicap cair

1 sudu kecil minyak bijan (optional)

Sedikit lada sulah

Bahan untuk sos:

1/2 biji jus lemon (ikut masam sesuka hati)

2 slice lemon

1 sudu besar madu

1 cawan air panas

1/2 kiub ayam (optional)

1 sudu kecil tepung jagung (larutkan dengan air)

Gula dan garam sebagai perisa

Cara-cara:

• Gaul isi ayam bersama semua bahan perap kecuali tepung. Perap seketika (1/2 jam atau saya perap malam untuk di masak esok paginya)

• Kemudian gaulkan bersama campuran tepung gandum dan tepung jagung hingga rata.

• Goreng sehingga keperangan. Tos dan ketepikan.

• Untuk sos, tuangkan air panas, jus lemon, kiub ayam, lemon slice dan madu. Biar mendidih dan perisakan dengan gula dan garam ikut kesukaan.

• Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sos hingga hampir likat.

• Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sampai semua ayam bersalit sos.

• Kalau ada bijan, boleh tabur. Hidangkan dengan salad.

Mudah sangat resepi ni. Hasilnya.. SW makin sayang… kahkah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: