meja makan tempura : kyoto #1

Bismillah.

Catatan Itinerary Osaka ke Kyoto:

Friday – 6th November

By train Osaka to Kyoto

• Fushimi Inari Taisha ( Thunnel of Torii Gates)

• Kinkakuji (Golden Pavillion)

• Nishiki Market

— Osaka bagi saya agak metropilitan. Seriously, cantik dan agak bersih. Tapi Kyoto tetap jadi No.1 dalam perjalanan saya kali ni. Mula-mula saya memang plan untuk stay di Kyoto. Tapi memandangkan jarak Osaka-Kyoto dalam setengah jam, dan malas pulak nak berpindah randah, maka kami stay je kat apartment yang sama selama 3 malam. Pagi-pagi terus menaiki train selama setengah jam direct ke Kyoto. Untuk ke Fushimi Inari, kami naik  train, dan 2 lokasi seterusnya, kami naik bas. Perkhidmatan bas di Jepun sangat efisyen. Tepat pada masa (teringat menunggu bas dari LRT Datuk Keramat ke Desa Pandan… sangat-sangat tak tepati masa. Saya bukan bias, tapi realitinya memang begitu). Kyoto pekan tradisional. Banyak sangat bangunan lama. Saya teringat Oshin je sepanjang perjalanan.

Bas agak penuh juga, yang bestnya, mesra stroller. Kadang saya tak dapat tempat pun, ada yang offer, ada yang buat tak tahu. Tapi doesn’t matter pun. Aman dalam bas agak cranky. Mungkin tension sebab ada kala ramai orang dan dia di dukung oleh SW. Kesian juga mendengar suara dia merengek bila berjauhan dari saya. Tapi bila turun bas, dia senyap. Menikmati angin sejuk, mungkin. Tapi masa di Konkajuki, agaknya satu taman dengar dia terpekik – nak susu. Susu badan. Terpaksalah saya duduk di sudut taman (temple) sambil menyusukan dia. Dah la saya sorang kat situ, plus ada tulisan kanji kat tempat duduk – mungkin tak boleh duduk kot, sebab bila ada japs lalu, depa tengok semacam. Ah, lantak situ!

Fushima Inari Taisha : naik train lama ke sini. station pun nampak lama tapi cantik. kawasannya agak di pinggir Kyoto. Oldschhol sangat. Sangat cantik kawasan temple ni. Saya suka sejarah dan bangunan-bangunan. Kalau saya travel, rasanya semua orang tahu, saya pergi tengok bangunan dan culture (tu sebab saya jarang pergi ke pulau). Sayangnya, takde aktviti perkahwinan kat situ. Jumaat. Tapi kami tak pusing habislah. Jauh nak menapak. Separuh jalan pun dah mengah. Sempatlah juga berkelah lunch di sini. Sepanjang di Jepun, Amash masak. Alhamdulillah, takdelah payah pun nak makan di Jepun.

Kinkakuji (Golden Pavillion) : this is ohsem! turun dari bas dah nampak ramai orang berpusu-pusu. Kami ikut je pergerakkan orang. Melalui rumah-rumah Jepun, traditional tapi kereta modern habis. Kawasan depan Golden Pavillion penuh dengan pokok-pokok maple berdaun merah dan kuning (tanda autumn akan berakhir tak lama lagi). Cantik sangat. Tah macam mana nak terangkan. Lens pun takkan dapat menggarambarkan apa yang mata saya rakamkan. Kat sini si Aman buat hal nak menyusu. Maka, SW saya suruh berjalan sendiri untuk menangkap gambar.

{ Orang selalu tanya, macam mana nak handle anak kecik, nak jalan-jalan, tangkap gambar – jawapan mudah saya, tolerate. Saya dan SW rasanya sudah faham minat masing-masing. Sepanjang di sana, kami bergilir. Saya akan jaga Aman dan SW akan mengheret segala tok nenek kamera dan hilanglah dia mengikut matanya. Sebab saya tau dia suka pokok-pokok, orang-orang. Tapi bila berada dalam bangunan atau kedai-kedai barang comel, SW akan mengambil alih Aman, saya akan berjalan ikut sesuka hati saya. Tolerate ye puan-puan.}

Lepas menyusukan Aman, dia bantai tidur pulak. Masukkan dalam stroller, menangis. Saya ambil keputusan duduk sahaja di taman. Biarlah SW dan Amash’s masuk ke dalam. Tapi Amash wassap – lawa gila Che Ni, kang nyesal. Ok, dukung Aman, off we go suami isteri. Hahaha. Yup, cantik sangat. Its a golden temple. Seriously emas. Time saya pergi tu around 3 petang, matahari Jepun nak tenggelam dah. Memancar-mancar emas dek pantulan. Rasa nak ku kikis-kikis! Hehehe. One thing yang agak azab, some places guna tanggang batu. Maka, masrilah kita mengangkat tandu anak masing-masing.

Nishiki Market : Yang ni merupakan kesamaan idealogi saya dan SW. Mana pun kami pergi, pasar mesti kami terjah. Tempat wajib dalam itinerary. Naik bas juga, waktu hampir pukul 4.30 petang. Hampir malam. Bersig ya amatlah pasar. Walaupun ada jual ikan, sayur dan buah, takde pun bau macam kat pasar Cokit. Kami beli beras kanji Jepun, beli buah-buah dan sayur-sayur. Beli juga telur. Tengok makan-makanan depa, kami telan liur saja lah. Masa ni, agak pelik dengan Aman. Duduk di dtroller dengan sangat baik sambil memerhati keadaan. Observation. Good boy! Seriously, saya kagum dengan sopan santun penjual. Beli apple sebiji, tunduk macam saya beli sekilo (sebiji apple RM8). Maunye kau tak tunduk!

— Kembali menaik bas ke Kyoto Station dan naik train laju ke Osaka. Off to Apartment. End of Day 2. Balik masak nasi and sambal telur. Nikmat!

1

Train JR lama dari Kyoto Station ke Inari Station (untuk ke Fushimi Inari). Apa yang saya suka, pemandunya sangat polite. Sehabis upaya nak menolong explain tentang route walaupun tak reti berbahasa english. Kyoto, i’m in love!

2

Fushimi Inari Taisha (Thunnel of Torii gates) – Saya tak sure berapa panjang thunnel ni. Masuk ke kawasan hutan. Orang pun agak ramai time ni, so saya and SW half way aje. Ada 2 thunnel.

 

 

 
3

Bukan senang nak jumpa jalan yang clear untuk tangkap gambar. Ada je tourist atau penduduk asal sedang berjalan. Ada upacara sembahyang kot. Tapi yang bestnya,bila kira posing aje, semua akan berhenti dan bagi kita chance tangkap gambar. Berada di tempat yang orangnya sopan, automatiklah kita akan bersikap yang sama.

4

Depa nak sembahyang pun, kene ambik air sembahyang jugak… tihtihtih..

5

Ammar yang kepenatan. Aman yang asyik nak turun (time ni baru nak dapat kaki), dah la all the batu sejuk gila. One thinglah, kalau bawak anak kecik, semua orang nak senyum and cakap “kawaiii” and melayan kita extra istimewa.

6

Ni kat taman Kinkakuji (Golden Pavilion). Time ni lah Aman nangis nak minum susu. Duduklah ibu sorang diri. SW dah hilang tangkap gambar maple. Angin sejuk gila time ni.

7

This is the golden pavilion. Actually, Oscar yang suruh saya ke sini. Katanya – Nisa, you will fall in love with Kyoto. Sesungguhnya dia mengenali saya!

8

Bayangkan, tolak stroller dalam batu kerikir. Aman syok la – ba ba ba ba ta ta ta ta. And ibu habis kudrat menolak dan mengangkat time jumpa tangga! But is was fun : )

9

Tak kasi chance lah photog berdua tu. Nak tangkap gambar lovidovi pun payah!

10

Nishiki Market – Beli beras. Lawa berasnya. Sekilo JY1500 tak salah. Lupa dah, dalam RM51. Makan jangan tumpah-tumpahnye. Habiskan sampai kebijian terakhir. Nangis —

11

Can see, but can’t taste it : (

12

Tak baik awak bagi saya kecur liur. Awak tau kan saya gila makanan local awak? 😦

13

Dah 5 petang. Nak malam. Keluar dari Market. Jom balik! Jauh lagi nak tawaf sebelum sampai apartment..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: