meja makan tempura : osaka #1

Bismillah.

Kalau berjalan dengan anak kecik, itinerary hanya sekadar rujukkan yang akan diubah mengikut mood. Sebelum pergi, macam biasa, itu kerja saya – siapkan jadwal perjalanan. Almost yang kami plan nak pergi, Alhamdulillah kesampaian. Yang takde rezeki untuk dijejaki, Inshaallah kami kembali (pasar diatas bukit, kau tunggu aku datang).

Alhamdulillah, sepanjang flight malam, Aman tidur dengan lena. So do Baba-nya. I is tidoq-tidoq ayam. Memang tak pandai tidur dalam kapal terbang. Lagi-lagi flight penuh dan kami dapat 3 seat row tengah-tengah.

Mendarat di Kansai International Airport, Osaka pukul 6.30 pagi. Keadaan dah terang, airport masih dikategorikan separa tenang. Berdebar jugak kami untuk masuk ke terminal kastam, dek baca-bacaan bahawa imigresen mereka agak ketat rules. Alhamdulillah, no yada-yada at all.

Keluar saja dari airport, SW terus ke Tourism Japan office untuk redeem Japan Railway (JR) tourist  Pass, dan saya bersama Che Amas ke toilet membersihkan ponggong anak masing-masing. Aman nampak semangat, mungkin sebab udara sejuk. He just into it!

{ Tatkala berjalan meredah angin sejuk ke station JR, saya tak henti senyum, tak tahu bagaimana nak explain pada Tuhan atas kesempatan yang diberi meminjamkan mata dan hati yang dibawa sampai ke bumi yang dah lama nak pergi. Lengan SW saya peluk kuat, tak putus cakap terima kasih bawa saya… terima kasih }

Selesai segalanya, kami mula memasuki ruang keretapi bawah tanah negara matahari terbit. Tell you, berselirat. Syukur, SW pakar dalam membaca segala jenis peta dan susur galur perjalanan railway. Seriously, kalau saya nak menangis di bumi Seoul dek kerana few times salah naik train, kalau di Jepun, jika tanpa SW, saya meraung sekuat hati. Crazy!

Apartment yang kami sewa was good and comel sangat. Kami pilih menginap  di kawsan sedikit hujung bandar Osaka memandangkan itu yang terbaik dapat SW cari untuk kateria kami keluarga of three and four. Penatlah panjat tangga 2 tingkat, takde lift, so SW angkat Aman and luggage, saya angkat stroller. Agak  selesa meginap si sana walaupun kene naik 2 train dari Osaka Centre.

Osaka, bandar yang tenang bagi saya. Orangnya buat hal masing-masing, tapi prihatin. Tak pernah saya berdiri dalam train, pasti ada aje yang offer duduk walaupun nenek tua. Saya pulak yang tak sampai hati. Tapi untuk menggendong 6.5kg Aman, duduk je la.

Alhamdulillah, Aman takde problem duduk dalam stroller. Walaupun masa tu umur dia baru 11 bulan, tapi nampak dia sangat in-deep-frrindly dengan Hannah. So, bila Hannah duduk dalam stroller, Aman pun OK aje. Good boy sayang, you are my travel-buddie!

Tak banyak yang saya boleh tulis, sebab ni bukan blog backpacker atau yang seumpamanya. Ni blog isteri, ibu dan traveller. Hahaha. So sila rujuk blog lain untuk maklumat lanjut : )

IMG_1626.jpg

Jepun yang dikelilingi laut.

IMG_1613

Dari dalam JR train Kansai ke Osaka Station. Saya kata kat Amas – sebijik cam dalam cerita ultraman yang kita selalu tengok kan? (Bersihnya Osaka..)

 

IMG_1649

Seawal pukul 5 petang, semakin gelap bak 8 malam di Kuala Lumpur. Masa ni kami merayau-rayau di Daiso, Dotonbori. Besar gila, so many cutes stuff. Just bought cawan kertas untuk minum dirumah.

 

IMG_1619

Kansai Station. Wellcome Ibu, Baba and Aman. Mari nikmati kanvas hebat ciptaan Ilahi. Moga Aman menjadi super-pemerhati, membaca sisi tamadun dunia, dan keluarlah dari duduk selesa mu. 

Screen Shot 2016-03-24 at 9.52.53 PM.png

Glico yang famous di Dotonbori, Osaka.

 

Catatan Itinerary Osaka:

Thursday – 5 November

• Touch down Osaka Airport (KIX) • Osaka Castle
• Dotonbori
• Umeda Sky Building

• Check-in apartment @Osaka

—- Siang hari kami hanya menikmati angin sejuk musim autumn di Osaka dengan berjalan-jalan sekitar. Mencari rentak untuk 9 hari di bumi Jepun.

—- Malam di Dontobori, punyalah berpusing nak cari ketam gergasi untuk menikmati takoyaki sotong panas-panas di depan glico yang famous, rupanya di depan mata. Argggh! menjerit kami sekeluarga. Tawaf dua kali Dotonbori yang besar.

Sambung.

Advertisements
%d bloggers like this: