Meja makan Tempura

Bismillah.

Prolog:

Dulu sebelum berkahwin, saya penah cakap kat SW, ada 3 tempat saya nak menjadi kenyataan jika diberi Allah peluang; satu – menulis nama dalam tulisan jawi di tembok Berlin, Jerman, dua – minum kopi panas di cafe jalanan di sekitar perpustakaan besar St.petersburg, Russia dan merasai kelajuan bullet train di Jepun. Saya memang berangan-angan besar, sebesar gigi Aman.

Satu malam, sedang saya memangku menyusukan Aman di sofa, SW tepuk bahu dan cakap “Kita pergi Jepun. Anniversary”. Tu je ayat dia. I was like.. biar betik. Saya tak ambil serius, mengenangkan saving kami dah semakin ciputed. Sampailah saya dapat forwarded email ticket for three KLIA – Kansai, Osaka dan Umeda, Tokyo – KLIA.

Kemudian, saya menayanglah ticket flight pada Makde si Aman (Amash), berdesup la cek mek debab tu mengwassap abang ipar dia (SW) mintak tolong beli tiket yang sama untuk mereka 4 beranak. Eh, budak ni… kakak nak pergi sambut anniversary pun nak ikut! Dengan alasan #cekniamashtravelagain. Ceh! (dulu semasa bujang, kami travel berdua ke Dubai).

 

Dan, akan ku gagahi dengan keringat untuk menghabiskan entry ini dalam episode yang lain. Kerana janji harus ditepati. Dalam bullet train Kyoto ke Tokyo, kakak meja sebelah kg baru yang sangat saya sayangi berkata “tak nak apa apa dari sana, hanya nak penceritaan dalam blog”.

Satu Japan Yen pun tak keluar untuk dia, tapi itulah ole-ole paling lembab untuk saya hadiahkan.

Untuk prologis, air mata tumpah pada pukul 3.30 pagi tatkala pilot berkata “selamat pagi penumpang dan anak kapal. kita akan memasuki ruang udara jepun tidak lama lagi. cuaca sejuk subuh ini dengan suhu bla bla bla.. and please open your window and GOOD LUCK!” (ahhhh captain Shinkai!)

And, Allahuakhbar… matahari negara matahari terbit sedang perlahan-lahan menyinar moreless 3.30 pagi.

Processed with VSCOcam with f2 preset

Moment : Sedang menyusukan Aman sambil menutup silau.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: