resepi atas meja dapur #3

Bismillah.

(Duduk membaca buku resepi sambil menunggu baju dalam mesin. SW dan Aman dah ke office dan school).

Sudah 3 bulan saya active masak untuk bekal lunch saya dan SW. Impaknya : JIMAT BANYAK (average: lunch saya dan SW RM15 x 2 person x 25 days = RM750. Kos belanja seminggu masak: 50 x 5 weeks = RM250).

See, kami ada extra tabung RM500. Boleh lah bersanding lagi sekali. Inshaallah usaha menjimat dan menabung ini kami ingin teruskan selagi saya mampu. Bukanlah setiap hari. Biasanya khamis kena bergantung pada pukul berapa saya balik mengejar dateline submission setiap hari rabu. Biasanya memang khamis dapur clearlah.

Semoga istiqomah.

Kelmari  June July menghadiahkan khabar gembira. Alhamdulillah, dia mengandung lagi. 9 minggu. Tumpang gembira untuk beliau sekeluarga. Sedang teringatkan dia lah tubiknya entry ni. Teringat tentang sardine.

Masa mengandung dulu, saya memang tak boleh cium bau masakan langsung. Tapi bila dah hujung-hujung Ramadan, saya cuma gagahkan kudrat untuk makan sahur.

Pagi tu SW masak sardine. Saya agak mungkin selera saya terbit sedikit bila membayangkan masam-masam tomato, pedas-pedas cili tumis dan manis-manis bawang holand. Bila SW hidang… back to reality. Hahaha..

Kelepekkk! sardine pekat tak bergerak dalam mangkuk. Saya tanya macam mana dia masak : panaskan kuali, bukak tin sardine, masukan dalam kuali, kacau dan angkat.

Hahaha. Mudah betul. Saya tak suka langsung. Hanyir. Ok, saya kongsikan cara saya memasak sardine dalam tin.

image

Tumis Sardine
Bahan-bahan:
1 tin sardine
2 biji Kentang (belah 6)
2 sudu cili kisar
2 biji bawang putih (hiris nipis)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato (kalau guna air asam jawa, jangan letak sos tomato)
1 biji tomato atau boleh ganti dgn air asam jawa
5 biji cili padi – belah 2 (ikut suka)
1 biji bawang holand (hiris bulat)
sedikit daun bawang

Cara-cara:
• Goreng kentang sehingga benar-benar masak, ketepikan.

• Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga sedikit garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai terbit minyak.

• Bila cili kisar dah betul masak, masukkan tomato yang dibelah 6 (atau air asam jawa). Masukkan sos tiram dan sos tomato beserta setengah cawan air. Biarkan menggelegak.

• Masukkan sardine, kentang goreng, cili api dan bawang holand. Kacau perlahan supaya ikan tak hancur.

• Perisakan dengan garam. Sebelum matikan api, campak daun bawang yang dihiris kasar. Hidangkan dengan nasi panas.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: