Resepi atas meja dapur #2

Processed with VSCOcam with f2 preset

Semur Ayam

Processed with VSCOcam with f2 preset

Sebelum letak kicap

 

Bismillah.

Mak saya ada darah jawa. Rock habis. Maka masak kicap disebut Semor. Kesukaan Arwah Ayah. Esok nak puasa, mesti Mak kene sediakan semor daging untuk hari pertama sahur.

SW dah jatuh cinta dengan semur Mak.  Maka wajiblah saya belajar. Mana tahu, sooner or later tiada lagi semur air tangan Mak.

Aman, Ibu tulis resepi kat sini, nanti belajar masak ye. Kalau Ibu dah takde, sila masak buat pembuka selera Baba.

Semur Ayam Mak 

{Resepi ni untuk setengah ekor ayam potong kecil)

Bahan-bahan:

Ayam atau daging potong ikut suka

Santan sebiji (tapi saya pakai 3/4 je)

Kentang 3 biji

Tomato sebiji

Cili kering kisar (2/3 sudu : ikut kesukaan pedas)

Sekawan rempah ratus (sebatang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 5 biji bunga cengkih)

Kicap masin dan manis

Bahan kisar:

2 biji bawang besar

3 biji bawang putih

2 inci halia

20 biji lada hitam (ikut kesukaan)

1 biji buah keras (optional)

Cara-cara:

• Dalam kuali besar, satukan ayam bersama bahan kisar, cili kering kisar beberapa sudu dan sekawan rempah ratus (saya tak menumis sebab jaga kesihatan. lemak ayam dan santan boleh ganti minyak kan). Biarkan dengan api sederhana sampai air ayam keluar dan ayam separuh empuk.

• Masukkan kentang dan tomato yang dipotong baji. Biarkan menggelegak. Gunakan api sederhana, supaya semua bahan empuk dan bahan kisar masak.

• Bila ayam dan kentang almost empuk, masukkan kicap manis, kicap masin dan santan. Kacau pelan supaya tak pecah minyak.

• Santan kalau pekat, boleh campur air (atau suka kuah banyak)

• Perisakan dengan garam (saya tak letak garam, saya letak kicap masin lebih)

• Hidangankan panas-panas. Kick lagi kalau makan dengan goreng tumis kobis.

 

Selamat mecuba!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: