No..No.. It’s January, But Yet tadak kek atas meja

image

Bismillah.

January, bulan birthday galore untuk insan istimewa dalam hati saya.

Alhamdulillah, 13 January hari tu, genap setahun si Ahmad Aman, dan pada 28 January tempoh hari, genap 31 tahun umur SW. Alhamdulillah, keduanya masih Tuhan pinjamkan dengan sihat, dengan kacak, dengan cukop segalanya pada saya. Terima kasih Tuhan.

Takde sambutan, sebab kami memang tak mahu mengajar Aman tentang celebration, plus dia still kecil. Hanya doa dan sedikit rezeki dikongsi bersama yang termampu kami buat. Inshaallah, bila Aman besar siki (next year kalau Allah izin, kami bercadang time tu baru la buat sedikit majlis kesyukuran. Merangkumi semua peristiwa.

Tahun ini juga, saya sekadar mengajak SW makan tengahari (sushi), kemudian membelikan beliau sebiji mug untuk memulakan pagi di office baru, dan sebagai hadiah – masakkan beliau masak gulai lemak cili padi ayam. Upgrade nampaknye : )

I don’t want to wish him again and again, you SW, already bacakan my note, so.. terbang tinggi, semakin tinggi, bersama kami berdua di sisi. Bismillah..

Ok, nak kongsi resepi pemikat suami – masak gulai lemak cili padi ayam version simple selera tekak saya tetiba menjadi dish kegilaan SW sampai takmo toleh perempuan lain. Hahaha..

lemak ayam

 

Bahan-bahan:

Ayam (selalu masak 1/2 ekor)

Ubi kentang 2-3 biji

Santan sebiji/sekotak

Daun kunyit 2 helai (saya suka letak lebih)

Asam keping 2 keping

Bahan kisar:

5 biji bawang merah kecil

1 biji bawang besar (size sederhana)

Seinci halia

Sebiji cili merah

10 – 15 biji cili api (ikut jenis cili, kalau jenis kampung boh sikit je)

Sikit kunyit hidup atau serbuk kunyit

2 batang serai yang gemok gemok (hiris nipis supaya mudah dikisar)

Cara-cara:

• Dalam periuk/kuali yang besar, masukkan ayam yang dah dipotong sederhana besar. Masukkan sekali bahan yang telah dikisar dan asam keping. Hidupkan api (sederhana), biarkan sampai bahan kisar masak dan air ayam keluar.

• Agak-agak bahan kisar dh masak, masukkan ubi kentang yang di belah 4 atau 6. Jangan potong kentang kecil-kecil. Kentang berfungsi untuk pekatkan kuah, nanti kalau kentang potong kecil, ia akan memekatkan kuah to the max.

• Bila agak-agak ayam dan kentang hampir empuk, masukkan santan (ikut kepekatan yang disukai). Godak-godak kuah supaya santan tak pecah minyak.

• Masukkan daun kunyit (ikat simpul) atau saya lebih suka racik nipis-nipis macam bunga rampai.. wangi ooo gulai. Kacau pelan-pelan dengan api slow sehingga mendidih.

• Perisakan dengan garam.

• Bila ayam dan kentang betul-betul dah masak, kuah dah sedap, rasa kunyit dah semerbak, boleh la off kan api dan hidang. Kalau nak simpan gulai untuk stock, buang asam keping. Sebab rasa masam asam akan merembes kuar. Kang masam ooo.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: