Meja itu masih utuh #2

Bismillah.

Alhamdulillah.

1 December genap 3 tahun jodoh pemberian Tuhan pada kami. Tahun ni kami celebrate  awal. Di tanah matahari terbit. Walaubagaimana pun, SW will be SW. Terima kasih. Terketar-ketar tangan, panas muka menahan malu. SW hantar bunga ke office. Terima kasih. Lain kali bagi cash pun Ok jugak. Hehehe…

Termenung panjang saya hari ini. 3 tahun, banyak dah kami lalui. Alhamdulillah, semua pun kami lalui dengan tenang. Tidak pernah sekelumit pun cerita dalam rumah kami jaja untuk apa jenis permasalahan – untuk itu, terima kasih Tuhan, pemberi segala penyelesaian, terima kasih SW, untuk pimpinan, dan terima kasih diri sendiri kerana masih mampu menimbang segala rasa dengan waras. Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah.

Saya tengok dalam TV, wah semua cerita rumahtangga bahagia, romantik, easy pizzy.. Tergelak rasanya. Hakikat, kita manusia, mana wujud kesempurnaan dan kesolidan. SW bukan suami perfect, saya pun bukan isteri mithali apatah lagi romantik, alim, terbaik, deboom untuk dibangga dan digembar-gemburkan. Masih lagi bergelut untuk belajar. Macam orang lain, kami juga bergaduh, bermasam muka, tak bercakap sejam dua ada jugak berlaku.

Teringat awal perkahwinan, pindah ke KD, tinggal dirumah 890sqft, duduk di lantai beralas carpet pemberian mertua, serba serbi biasa sahaja. Mula beli barang sikit-sikit. Bila ruang kecil itu semakin komplit, ada juga masalah lain. Bila diingatkan – aduhai, berat juga ketika itu. Dengan isu-isu masih belum mengandung setelah setahun lebih bernikah. Kami akhirnya meninggalkan ruang kecil itu. Untuk keadaan yang lebih baik. Ditakdirkan saya mengandung. Alhamdulillah.

Kami juga tak terkecuali pernah mengalami krisis material. Kami pernah mengeluarkan semua saving untuk sesuatu yang besar. Masa itu, KFC kelihatan amat sedap, walhal dalam bank saya tinggal 9 ringgit, dan gaji masih menunggu 2 minggu. SW punya RM40, sanggup keluarkan RM20 untuk menggembirakan tummy saya. Tapi rezeki Allah tu susah nak jangka, dalam payah.. Dia beri bonus.

Alhamdulillah, saya dapat voucher RM100. Dengan voucher itu, kami membeli barang dapur untuk survaval 2 minggu. Bayangkan, sambil mengisi troli, sambil mengira amount. Dan saya memasak setiap pagi, untuk bekal saya dan dia ke office. Tanpa bekalan, alamat kelaparan sampai ke malam. Sikit pun saya tidak sedih dengan keadaan itu. Its really bermakna untuk saya – saya tahu kuatnya rasa-rasa saya pada dia.

Ahmad Aman Sidqi – terima kasih Tuhan. Pemberian terbesar kami dalam 3 tahun ini. Terima kasih SW, dalam keadaan tidak sihat, menggagahkan kudrat menemani, kehulu-kehilir, mendoakan dan menghabiskan simpanan untuk saya melahirkan anak dengan selesa, untuk Ahman Aman. Terima kasih, kamu tidak pernah bakhil dengan rezeki Allah, setelah bermatian mencarinya. Bukan sikit – mengalir juga air mata kalau ia dari saving saya. Hahahaha.

Terima kasih atas layanan anda. Terima kasih menjaga anak ketika saya perlu mengejar dateline. Terima kasih masih mahu makan di meja untuk dua saya walaupun kadang-kala berlaukkan masakan malas, kurang sedap atau segera.

Menuju tahun keempat, saya tidak mahu banyak. Mahu dan pinta Allah panjangkan usia jodoh kami, barakahkan keluarga ini, makmurkan hati-hati kami, ingat-ingatkan kami jika dugaan mampu menghanyutkan.

Keduniaan, diizinkan, ayuh perbaikki kekhilafan, kekurangan yang banyak ini dan kamu tahu kepinginan saya SW – hati digaruk-garuk, bawa saya ke sana. Janji?

image

Hakone, Komagatake Roapway – Mt. Fuji – Japan : 11 November 2015

 

 

image

Arashiyama Village, Kyoto. 8 November, 2015.

Terima kasih untuk semua rasa rasa, belanja mata dan cinta.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: