Resepi atas meja dapur

Bismillah.

Bersuamikan orang Kedah. Agk payah jugak nak faham selera makan SW. Dulu dia mintak gulai, saya bagi gulai lemak. Tett.. salah. Gulai is kari.

Alhamdulillah, sekarang makin faham. Asal ada kuah, ada lauk, ada cabai – omnonom. Walaupun kadang-kadang bingit telinga dengar dia komplen atau cakap dengan jujur – “tak sedap”, saya dah tak kuasa nak merajuk atau kecil hati. Jadikan note je la.. Ok, lain kali jangan masak dah benda ni or cari salah tang mana.

Dulu masa awal kahwin, saya tanya dia suka ke tak tauchu. Tak minat katanya. Alamak! problem.. cause saya suka sangat tauchu. Tapi ada satu hari, balik Ipoh, Mak masak ayam masak tauchu. Tu dia aih! Makan tambah-tambah. Mula dari hari tu, SW makan tauchu.

Pagi ni saya masak tauchu. Tapi bukan ayam. Guna leek. Saya sangat suka saur leek. Sayur orang cina. Ok here goes, the recipe:

Processed with VSCOcam with f2 preset

Tauchu Leek dan Oyster Mushroom

3 batang leek – di racik

4 biji tomato cherry

Segenggam Oyster mushroom – dicarik kasar

Tauchu 2 sudu besar (saya pakai cap Opah)

Bahan tumbuk:

Segenggam cili api (ikut nak pedas mana)

4 biji bawang merah kecil

2 biji bawang putih

Seinci halia

Cara-cara:

Panaskan 2 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk.

Bila dah naik bau, masukkan air dan 2 sudu tauchu

Masukkan tomato dan tekan2 guna senduk supaya rasa masam keluar

Biarkan menggelegak sampai cili benar-benar masak.

Masukkan sesudu kecil gula dan rasa. Tak payah letak garam as tauchu dah salted.

Bila rasa cili dah masak, masukkan leek dan mushroom. Kacau-kacau sampai sayur masak.

Done!

Sedap makan dengan lauk ikan goreng dan bila takde masa. Ehekehek!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: