Tepi meja DAH tambah kerusi kecil #2

12273057_1191616004199711_1168130665_n

taktau bila mamas ambik, tau tau dah dalam instagram

 

Bismillah.

Catatan untuk Ahamd Aman Sidqi.

Alhamdulillah, Aman dah masuk 10 bulan pada 13hb tuari. Sedikit sinopsis perkembangan Ahmad Aman (Ibu tulis sambil dengar lagu Kunto Aji. Sudah besar nanti, cuma Aman google Kunto Aji — Ibu dengan Acik Ija peminat Jazz dan R&B, sama dengan baba and Acik Bit).

• Aman baru balik dari travel ke Jepun selama 10 hari. Sempena anniversary perkahwinan Ibu and Baba – 3rd. Alhamdulillah, semua baik baik untuk Aman. Detail perjalanan Aman akan ditulis dalam entry lain — permintaan makcik Bilis. Acik Bilis nak ke Jepun cari Doremon soon!

• Aman kurus. Berat belum sampai 7kg. Doc Musa dan Doc Marziah cakap, sebab Aman tidur malam tak lena. Soon ye sayang. Inshaallah. Kita usaha untuk Aman tido lena. Tidur lena awak, sentiasa menjadi doa Baba and Ibu.

• Mak cakap, jalan jauh sikit, bertukar angin, mana tahu eczema Aman akan kurang. SubahanaAllah.. balik dari Tokyo, Allah izinkan eczema Aman berkurangan. Amash cium-cium pipi Aman. Flawless. Licin. Aman nak udara segar autumn kah? Hahaha.. kontang pocket baba Aman uii. Kihkih.. Alhamdulillah untuk segala pemberian Allah. Kesembuhan, kesakitan — Dia perancang pemberian terbaik. Kami terima kalau ianya bersifat sementara.

• Aman tak mahu minum susu formula. Masa Ramadan baru-baru ni, susu saya drop. Satu hari pam, more less dapat lah 12oz. Memang tak cukop. Maka saya dan SW sepakat mencari susu tambahan. Sedih — mestilah. Isomil pilihan kami. Sebab Aman hanya boleh minum soy based milk. Feedback dari nurse sekolah Aman — Aman minum sikit, kadang perlu dipaksa minum guna sudu atau picagari. Macam-macam usaha kami buat. Kami tukar puting tomitipi. Nampak positive, tapi untuk beberapa hari. Kami tukar ke botol AVENT, positive di rumah, tidak di sekolah. Akhirnya, kami beli botol NUX puting latex — reject terus! Aman! …

• Saya google bagaimana untuk memberi susu formula kepada anak, dan akhirnya, saya menangis sendiri. Ini isu sensitif, bukan untuk banding-banding, tapi menginsafkan saya sendiri. Bila saya baca-baca — saya tewas. Banyak article (blog-blog mak mak) meluahkan pendapat kenapa harus beri susu formula untuk anak, kalau masih mampu breastfeed anak? terutama kalau anak itu memerlukan antibodi yang kuat untuk sembuhkan eczema. Allahuakhbar!

• Saya terus hubungi SW. Saya meminta maaf kepada dia, atas khilaf saya, atas jalan mudah saya, atas alpa saya, atas kurang saya. Juga meminta sedikit pemahaman untuk saya terus berusaha menghasilkan susu mengikut permintaan Aman. Aman perlu susu saya untuk build kekuatan antibodi, untuk punya kulit seperti kawan lain. Maafkan Ibu! Maka saya mula power pump isnin lepas. Alhamdulillah, dapat dalam 10-12oz sehari. Aman happy minum dalam botol as long as isi susu saya. Dan, fahamlah kami. Bukan masalah botol, tapi isu isi botol. Aman, maaf ye. Ibu usaha OK.

• Isu susu badan ni, saya pekakkan telinga. Bukan saya tidak disogok supaya hentikan kerana saya terpaksa berpantang mengikut senarai alergic Aman. NO! u can say anything, tapi bagi saya — dah 35 tahun saya makan pelbagai benda, takkan setahun dua stop, saya boleh mati? Demi Aman, Ibu takkan dengar dah apa je orang cakap. Demi Aman, Inshaallah ibu janji, ibu cuba yang terbaik. Asal Aman tidur lena, asal Aman membesar dengan sihat. Dan, paling penting — supaya kelak ibu dan baba tidak di soal atas sikap membiarkan Aman terusan eczema tanpa usaha.

• Tersalah makan — mestilah ada. Kadang saya tersilap juga. Macam khamis hari tu, Nurse Aman wassap, katanya badan Aman naik merah. Toing! baru teringan. Saya makan karipap 3 biji pagi sebelumnya. Alhamdulillah, menjelang tengahari semua merah hilang. Dasyat jugak effect termakan tepung gandum. Saya akan cuba tidak alpa lagi… tapi bak kata Kunto Aji — kau manusia biasa!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: