Tepi meja DAH tambah kerusi kecil


12016640_1159085414119437_2090080047_n
12026543_1159085717452740_275629787_n 12030958_1159085340786111_542144032_n 12033588_1159085637452748_83965660_n

Bismillah.

Catatan untuk Ahmad Aman.

Alhamdulillah. Aman dah masuk 8 bulan ahad lepas. Apa jadi kat Aman:

• Berat 6.5kg (badan sedap-sedap je sesuai dengan ibu beliau yang comel lote je)

• Gigi 2 batang kat atas, masuk 4 batang kat bawah. Tapi paling besar gigi belah kanan atas. Besar cam sebiji rumah. Hahaha

• Suka makan pumpkin butternut, sweet potato (ungu), bayam + ayam dan carrot + ikan dan seaweed soup. Brokoli kurang, kentang akan kentut/angin.Kalau buah, apple tak mahu. Lebih pada pear, peach dan pisang. Pisang ikut gene ibu lah!

• Meniarap macam kura-kura, leher panjang. Hahaha. Tapi tak merangkak. Malas.

Dah 6 bulan kami melayan eczema Aman. So far, kami OK aje. OK yang real OK. Saya memang tak sangka akan di beri dugaan yang macam ini. Well, Alhamdulillah sebab SW sangat sangat supportive dari pelbagai segi. I have zero knowledge pasal eczema til Aman di sahkan (kena masa umur 2 bulan).

Bila dapat tahu, saya mula buat research, mula mencari solution, tapi tak banyak yang kami cuba. Kami hanya pastikan dia sentiasa bersih, di sapukan krim pelembap dan langkah terakhir jumpa Dr.D.M.

Mak selalu pesan – Banyak sabar. Saya dan SW di duga oleh Allah. Istimewa anak ini. Masa kecilnya bersusahlah melayan sakitnya, besar nanti manalah tahu, rezeki Aman melayan ibu dan baba penuh bahagia.

Atas dasar pesan Mak yang setiap hari tanpa jemu, saya tak pernah rasa terkilan. Sedih bila Aman menggaru je lah. Yang itu – mana boleh tahan : ) Yang lain-lain, saya hadap aje. Satu yang saya perhatikan – Aman murah rezeki. Rezeki pelbagai. Alhamdulillah.

Penerimaan orang-orang?

Keluarga saya : Tip top. Besar hati saya dengan adik dan kakak saya yang tak pernah cakap-cakap membuat saya terguris. Semua positive. Semua membuli Aman.

Keluarga SW: Alhamdulillah. Serba memahami.

Public: So far Alhamdulillah. Ada lah sekali dua orang akan berkalih melihat Aman ketika kami shopping. Tapi tak ramai pula tengok dengan muka heran. Sebab sangat mild di muka. Kalau tengah teruk, kami tak bawa pun dia keluar.

Saya dan SW seronok bila berjumpa parents di KPJ. Semua supportive, berkongsi rasa, berkongsi tips. Satu kurniaan dan pengalaman hebat untuk kami setakat ini.

Zaman dah  berubah – mungkin. Cerita dalam tv kalau anak sakit kita di hina di keji, macam tak releven dengan yang kami hadap. Serius aku ni loh! Hahaha. Tapi ye lah, kadang-kadang (di majlis-majlis) ada juga lah makcik2 bertanya. Time ni malas juga lah nak melayan. “Eh ruam susu ek? Alahai kesian…” – selalu sangat kena ngan ayat ni. Layankan aje. Kang sebut nama saintipik kang nganga. Hahaha.

Ahmad Aman, Inshaallah awak akan sembuh dan jadi paling hensem di dunia. Baba and Ibu sayang awak apa adanya. Sembuh ye sayang. Allah humma ameen.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: