Kemas meja lepas subuh

Bismillah.

Ramadan kembali. Alhamdulillah. Bertemu lagi Allah bagi.

Lasy year, sedang morning sick. Tahun ini Alhamdulillah, bertenaga (walaupun penat) masak-masak untuk meja berbuka dan bersahur.

Entah, takde rasa nak tulis-tulis.

Quick update untuk memori masa depan sajalah.

Saya:

  • Masih berada ditempat yang sama. Kadang-kadang bertanya, masih sanggup kerja mengejar dateline? Jawapannya, YA. Masih. Saya masih sayang kerjaya saya, team saya, posisi saya. Walaupun hati meronta-ronta dan runsing tiap kali rabu teringatkan SW yang gigih jaga Aman : (  — sorry…
  • March tuari, masuk kerja lepas bersalin, dapat berita best – naik pangkat, naik gaji. Alhamdulillah.
  • Persiapan raya minggu depan kena setel. Tahun ini kami purple pada raya pertama, terkois raya kedua, kelabu raya ketiga. Meriahkan.. Hahaha. Purple tu SW belanja, terkois nafsu sendiri dan kelabu mak mentua belanja. Weekend ni je hari yang saya dan SW boleh pulun mencari persiapan raya. Rasa macam awal, tapi 2 lagi weekend yang ada kami harus pulang ke AOR dan Ipoh.
  • Biskut raya sudah setel di tempah untu siblings dan untuk dibawa ke AOR. Tahun ni balik AOR. So jumpa siblings pada ahad di Seremban. Tiket flight sudah dibeli. Kaget! Kaget! Macam manalah nak handle Aman – first time nak fly.
  • Saya semakin bagus di dapur. Kari ayam – SW makan jilat-jilat jari. Sambal tumis – SW puji. Masak lemak – masih tak sedap sedap. Arg! Entah mana silapnye.

SW:

  • SW layak menghadiri kelas untuk Project Management. 5 hari course. 1 exam. Untuk masa depan kita. Kalau lulus, SW akan dapat sijil yang mana Inshaallah memudahkan SW dalam kerjayanya. Dear Husband, buat baik-baik… banyak awak pertaruhkan untuk segenggam sijil ni. #muahciked…
  • SW Inshaallah akan mula kerja di Putrajaya. Mungkin lepas raya. Position masih 50-50. Asst PM atau PM itself. Mana-manalah.. asalkan lebih baik dari sekarang. Alhamdulillah rezeki keluarga kita. Salary naik, begitu juga kerja. Saya percaya, masa dia untuk kami makin limited. Putrajaya – Kota damansara, bukan dekat. Asst PM atau PM, boleh rebeh bahu melayan kes.
  • Tahun ini, banyak planning tertangguh pada permulaan tahun. Bukan tangguh yang tak baik – tapi kami perap dulu kerana menyambut Aman. Maka, Ramadan ini SW mula kembali menyemak plannner. U go mate!
  • Kiok sudah S3 pemberian saya sebagai hantaran perkahwinan. Dia pi beli Aiponsik. Tengok dan lihat – saya atau dia rosak dulu. Biasanya dia lah yang dulu rosak. Saksikan.

Aman:

  • Aman dah lima bulan. Alhamdulillah. Sihat — 6kg pada minggu lepas.
  • Allah anugerahkan Aman eczema — dugaan untuk kami, rezeki untuk Aman. Alhamdulillah, kami menerima dengan tenang. Alhamdulillah, kami tak putus asa mencari solution untuk kurangkan eczema Aman, semata-mata untuk Aman tidur dengan lena. Don’r worry Aman, Ibu and Baba do our best for you!
  • Aman dah boleh meniarap, masa 4 bulan lagi. Tapi tak boleh meniarap sendiri — gemuklah anak ibu ni! Kalau kami tiarapkan, dia boleh bertahan lama. Almost 15 minutes. baru-baru ni, dia dah boleh menelentang sendiri. Apa la Aman.. tiarap t ak reti, telentangkan balik tau pulak… letih punya pasal la tu : )

I tink that’s all for now. Makin malas menulis. Next month sabung lagi. Now excited membaca perihal — Makanan Petama Aman. Alhamdulillah! Aman will turn 6 before Raya!

 

Chow!

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: