Meja untuk 3!

Bismillah.

Alhamdulillah.

Ini pengalaman yang Inshaallah saya tak mahu Tuhan tarik. Pengalaman penuh dugaan. Ambil masa untuk ditulis, tapi Alhamdulillah masih ingat untuk dicatat.

Khamis : 8 Januari 2015

Saya macam biasa memasak dinner sebelum SW pulang dari kerja. Meehoon goreng singapore. SW pulang, makannya tak banyak, mengadu kurang sedap badan. Kami tidur awal malam tersebut. Saya tak rasa apa-apa, cuma kerap bangun untuk membuang air kecil. Pelik juga sebab melihat SW membalut badan dengan selimut sedangkan aircond sudah lama saya off.

Jumaat : 9 Januari 2015

Lepas solat subuh, SW tidur kembali. Baju melayu hijau sudah saya siapkan. Saya kejutkan berulang kali, lemah je. Akhirnya SW ambil keputusan tidak ke office. Demam. Badan semakin panas, peluh tak keluar. Tengahri saya ajak ke klinik. Dia akur. Doctor kata demam panas yang tinggi. Diberi ubat dan kalau ahad belum kebah harus ke klinik semula untuk check darah.

Petang tu, keadaan SW makin teruk. Dia mula muntah-muntah dan cirit. Saya ingat tu petanda baik, muntah bermakna angin keluar dan cirit bermaksud hawa panas badan mula keluar. Tapi makin teruk kerana SW muntah bersama darah. Saya check gusi, takde pulak berdarah.

Lepas maghrib SW makin teruk, dia sendiri mintak dibawa ke hospital dan sanggup duduk ward. Semakin risau saya. Tak pernah-pernah dia mintak benda macam tu. Saya call Che Nani (adik saya) dan Joey temankan saya ke hospital. Sejam menunggu, pukul 9 malam mereka sampai (kesian sebab dorang dari TTDI nak balik ke Kajang, dah sampai tol Sg Besi, pata balik). Saya siapkan beg pakaian SW. Terus kami ke hospital Sg.Buloh. Ramainya manusia. Nak menitis air mata tengok SW yang tak bermaya terpaksa saya heret kesana-kesini. Harus melepasi 3 kaunter sebelum menunggu turn diperiksa. Ohoi! payahnye!

Darah SW di ambil, tunggu result (masa ni SW duduk tak senang.. alahai), result keluar, jumpa doctor, di cucuk kat montot, SW disahkan demam denggi, tapi tidak kritikal. Takde ward kosong. Disuruh balik, makan ubat, minum banyak air. Pukul 12 tengah malam kami pulang.

Sabtu: 10 Januari 2015

SW macam tu juga. Makin kerap muntah dan cirit. Sepanjang malam saya tak tidur. Dengan perut saya yang semakin mengeras, pinggang yang makin sakit, susah nak terangkan macam mana saya ketika tu. Dengan risau keadaan SW, saya asyik ke bilik air untuk buang air kecil, sentiasa menukar kain di kepala SW, mengelap badannya sejam sekali.. malam yang panjang untuk saya. Lain macam doa saya solat malam itu. Hehehehe…

Esok paginya, SW tak kebah-kebah. Tengahri saya keluar membeli nasi ayam. Selalunya kalau dia demam, nasi ayam akan buka selera. Tak berjaya. Lima-enam suap, terus tak mahu lagi. Tetap muntah, masih cirit. Terbaring lesu je. Hati saya makin tak sedap, badan makin sakit.

Waktu malam, macam malam semalam juga, muntah berulang kali. Saya mula menangis. Saya tanya dia, kenal ke saya? Dia angguk perlahan tapi blur. Saya tanya, tahu ke siapa dalam perut saya, dia blur. Makin kuat saya menangis. SW blur habis! Saya sedih betul ketika itu, saya minta dia kuat dan sembuh dengan cepat. Patutnya ketika ini, kami menikmati masa-masa akhir tempoh mengandung saya. Waktu untuk saya bermanja dan get ready.

Ahad: 11 Januari 2015

Pagi-pagi, saya buatkan bubur nasi kosong. 3 suap je SW telan. Dia dah tahap “kering kontang” bagi pendapat saya. Makin kuat saya menangis. Akhirnya SW minta saya hantar dia ke KPJ Damansara Specialist.

Dalam hujan, saya drive dan dalam rintik hujan saya pimpin SW ke KPJ. Entahlah, payahnya ketika itu. Dengan perut yang pedih (dalam hati saya dah rasa macam dah tak lama lagi nak beranak), dengan nafas yang makin semput, dengan beg baju, dengan payung, Allahuakhbar… payahnya hati ketika tu. SW diambil darah, dan kena drip air. Baringlah dia dibilik kecemasan dari pukul 2 petang hingga habis maghrib. Walaupun sepanjang masa saya menunggu seorang diri, Alhamdulillah, saya gembira kerana SW dijaga oleh staff KPJ. Terus jatuh cinta…

Pukul 8 malam SW di beri pulang (bilik penuh), tapi harus datang lagi pagi esok untuk ambil darah. Alhamdulillah, demam makin reda dan ujian darah semakin rendah.

Isnin: 12 Januari

Pagi tu bangun solat subuh, saya rasa pinggang saya sakit dan perut makin mengeras. Call Mak, minta datang ke rumah. Saya dah tak mampu untuk independent. Pagi ni harus bawak SW ke KPJ untuk ambil darah dan drip, perlu ke pasar mencari ketam, petang pula kena ke Pusrawi untuk check up terakhir. Saya rasa tak mampu nak drive ke sana ke sini.

Mak datang dengan Che Tah and Taj. Taj bawak SW untuk ambil darah dan drip. Saya drive ke pasar mencari ketam. Balik rumah, mak dan Che Tah mengemas rumah dan memasak. Saya dah tak betah. SW balik dengan Tajj lepas ambil darah. Alhamdulillah, result pagi tu semakin baik. Tapi SW still fragile. Asyik baring. Saya faham, demam denggi ambil masa lama untuk recover. Kesian, tak bermaya betul.

Petang, saya remind SW saya ada check-up terakhir di Puswari. Pissed off betul bila dia kata pergi sendiri. Dia tak larat. So saya plan nak pergi around 6pm.

5.30 petang, saya baring-baring lepas solat asar. Sambil-sambil tengok keadaan SW. Tiba-tiba saya rasa ada air keluar, suam. Eh, takkan kencing. Saya terus ke bilik air, air keluar laju. Sah! ketuban saya dah pecah. Saya cuba hidu – bau putih telur. Saya tak cuak pun, saya keluar bilik air, pakai pad dan mula mengemas bag untuk ke hospital.

Pukul 6.00 petang, saya cakap kat SW, dia terpaksa juga teman saya ke Pusrawi. Saya minta maaf padanya. Saya katakan ketuban saya dah pecah. Kami relax, tunggu solat maghrib bersama-sama. Pukul 7.45 malam, saya dan SW bersiap ke Pusrawi. Minta mak dan adik bersiap-siap balik ke rumah.

Pukul 8.00 malam, kami sampai ke Pusrawi. Lepas ambil berat badan dan tekanan darah, saya terus masuk ke Labour Room untuk ECG, check heartbeat baby. Lepas keluar result graf-graf tu, sorang Midwife masuk (perempuan muslim berusia, lega rasa hati, lembut orangnya, macam mak-mak) suruh bukak seluar dalam dan baring. Tuhan je tahu perasan masa tu. Malu, nervous, risau, yang takde adalah perasaan sakit nak bersalin.

Midwife letak cecair jelly, lalu seluk. Allahuakhbar, sakit berdenyut rasanya. Masa tu genggam tangan SW sekuat yang mungkin, sambil tarik nafas dalam-dalam. Selukkan yang pertama dalam hidup. Baru tau rasa yang tak difahami bila membaca blog-blog pengalaman bersalin orang lain. Ngilu!

Habis seluk, Midwife cakap, baru 1cm, tapi leaking banyak sangat. Yup! basah kuyup pad, dan tukar pad few times dah. Tunggu doc O&G datang. Dengar juga dia cakap-cakap dengan Midwife.

Doc datang dan check sekali lagi bukaan. Allah! time ni dah rasa sakit. Dia pun cakap benda yang sama. “Leaking banyak, tapi bukaan masih 1cm, dinding tebal, lama lagi nak dapat atleast 8cm.. boleh sampai 24 hours Puan tahan sakit.. bla.bla.. solutionnya bedah, tapi puan cuba untu deliver normal. Saya boleh refer kes puan ke Hospital Sg Buloh..”

Bila dengar bedah, saya dah tak gembira. Doctor suruh berbincang dengan SW. Sebelum keluar, Midwife nasihat saya terima cadangan doctor, tapi saya keep tanya peluang untuk saya bersalin normal ada tak. jawapannya positive.

Pukul 9.30 malam kami tinggalkan pusrawi menuju HSB. Dalam perjalanan, saya tak dapat tahan air mata. Meminta maaf pada SW atas kekurangan saya. Sampai hospital, parking penuh. Terpaksa park kereta bawah bukit, lalu mendaki bersama. Saya nangis lagi, mana boleh tahan rasa, dengan air ketuban tetap mengalir, tangan memegang suami yang  dalam keadaan dia demam tak bermaya, 4-5 hari tak menjamah makan, terpaksa pulak memanjat bukit. Dan makin menderu air mata bila SW muntah-muntah tepi jalan. Bau sup ketam. Aduhai hati!

SW daftarkan saya (cik kak pendaftaran muka sangat tak manis.. garangnya), selepas didaftarkan dia cakap “bilik takde, so kene tunggu. Puan bawak sehelai kain batik sahaja, naik tingkat 6, ada kerusi kat situ. memang wad penuh dan masih ramai yang nak bersalin still Q.”

Saya terus keluar. Menung. Eh, tak sanggup rasanya takde SW disisi, bukan sahaja kerana saya akan melalui proses melahirkan, tapi saya juga risau keadaan suami. Mak sampai, Che Ta sampai dengan suami. Saya call Che Nani, suruh check bilik di KPJ. Alhamdulillah ada.

SW juga rasa tak sedap hati meletakkan saya di hospital kerajaan. Bukan mahu double standard atau memperkecilkan hospital yang berjasa pada rakyat, tapi keadaan saya yang sedang bocor ketuban, suami demam denggi, lahirkan anak pertama (yang kami nantikan lama), semestinya kami mahu harunginya berdua.

Akhirnya, kami ke KPJ Damansara. Pukul 12 tengah malam, saya ditolak masuk ke wad (4 katil, tapi ada sorang je pesakit sebilik dengan saya) dan diberi rehat. Syukur Alhamdulillah, SW di rehatkan juga dalam bilik yang lain tetapi masih di maternity ward. Melampau ko ye! Hahahaha..

Selasa : 13 Januari 2015

Malam yang paling panjang rasanya. Badan letih, tapi saya tak mampu nak tidur. Kejap2 nurse datang, cucuk, kemudian seluk. Masih 1cm, long hours to go. Dalam pukul 1.30am, midwife comel datang. Katanya air ketuban saya mungkin akan kering, jadi saya terpaksa di induce. Saya setuju. Lalu antibiotik dicucuk ke dalam urat tangan saya. Tepat pukul 3 pagi, saya di induce ditemani SW. Berkerut-kerut dia melihat saya menahan sakit. Masa ni saya nak ketawa pun ada, mati-mati saya ingat induce tu cucuk, rupanya masukkan ubat ke dalam faraj. Aduh! Kali ke-empat dalam satu malam. Allah je tau betapa sakitnya!

Saya cuba untuk tidur, tapi tak boleh. Sakit dah mula terasa. Selawat tanpa henti sambil ingat-ingat mati. Pukul 6 pagi, SW dan midwife comel datang kembali. Katanya, pukul 7.00 pagi, saya akan ditolak ke labour room, saya disuruh mandi dan menukar pakaian baru, ubat buang air besar dimasukkan ke dalam lubang punggung. tak sampai 5 minit, saya dah berlari ke toilet.

Selesai semuanya, saya duduk-duduk sambil menunggu masa. Pukul 7 pagi, saya ditolak ke LB. Sejuk mencengkam. 2 orang doctor bertugas pagi itu, saya meminta doctor perempuan, dan Alhamdulillah, memang doctor perempuan on call pagi itu  – Dr Huam. Manis dan kecil orangnya.

Duduk lah kami suami isteri dalam LB. Suasana santai, SW kejap-kejap baring (saya tahu bagaimana longlainya badan untuk dicaj kembali), kejap-kejap buka tv, kejap-kejap tengok saya. Saya ketika itu baru rasa mengantuk.. asik tidur. Sakit mula terasa, tapi lite, macam senggugut. Breakfast pun tak lalu, SW yang habiskan.

Pukul 10 pagi, Dr Huam masuk dan sekali lagi seluk. Baru 2cm. Aduhai anak, 8cm lagi. Dr Huam sarankan saya dicucuk ubat penahan sakit, sebab katanya saya sangat kuat menahan, tapi tidak elok untuk otot kerana saya tidak releks. Selepas dicucuk, saya makin mengantuk. Actually masa tu saya tidk merasa terlalu sakit. Saya relex je. Ngantuk je yang lebih.

Jaga dari tidur, tengok jam baru pukul 12. Allah, lambatnya waktu berjalan. Setiap sejam, midwife akan datang bertanya khabar, ada kalanya datang untuk seluk. SW hilang dari LB. Menunggu bersama Mak, Che Ta dan Taj, Daus juga datang, Che Nani dan Joe. SW dan Che Nani menguruskan perpindahan saya ke single room.

Pukul 2 petang, bukaan baru 4cm. Menunggu lagi. Pukul 3 petang, Dr Huam datang dan seluk lagi sekali, katanya sudah 6cm. Masa ini saya sudah terasa sakitnya. Contraction semakin kerap. Sakitnya. Nurse memujuk sambil memberi smile gas. Hahaha.. berjayalah saya mamai seketika. Pukul 4, contraction bertambah kerap, kerap jugalah SW kena marah dengan saya kerana lambat memberikan gas. Sakitnya tak dapat saya luahkan. Contraction sekerap tak sampai seminat rasanya.

Bila saya mengadu kerapa nurse, dengan lembut dia cakap “Puan, saya tak dapat membantu, kejap je lagi ye Puan, kita selawat sama-sama.” Sejuk telinga saya. Tapi saya cheated juga, tiap kali contraction, saya akan push sendiri. Kerana tak tahan.

Masa hampir pukul 5, midwife seluk, kemudian katanya semakin hampir, 8cm. Dalam mamai saya tengok je mereka membuat persediaan. Allahuakhbar, sudah tiba masa ke? Saya syukur sangat-sangat jika inilah masanya. Dah tak tertahan dengan contraction yang berselang mungkin5-6 saat sahaja.

Saya tengok jam, 5.10, Dr Huam masuk bersama midwife. Troli yang penuh dengan tools, ditarik kesisi, midwife (orang yang sama mengajar saya dan SW semasa kelas ante-natal) bersama 2 lagi nurse yang menjaga saya sejak pagi tadi. Dr Huam seluk, kemudian cakap, dah tiba masanya Puan.

SW berdiri ditepi saya, mengusap-usap kepala, nurse mengajar saya mencaci posisi yang betul. kemudian mengajar saya menarik dan melepaskan nafas yang betul. Disuruh meneran 2 kali percubaan. Bila pernafasan dan teranan betul, Dr Huam mengambil alih.

2 kali cubaan, gagal. SW tetap mengusap kepala saya sambil cakap – Yu boleh, Yu kuat. Saya tak dengar dah time tu.. rasa nak cepat keluarkan anak. Bila saya sudah bersedia Dr Huam suruh saya teran lagi, midwife dan nurse comel memberi kata semangat “good job puan, sikit lagi puan, good job puan”. Terdengar juga suara SW yang kuat memujuk.

Dr Huam kata, nafas saya semakin pendek, tenaga semakin lemah, anak terpaksa di vacumn. Saya setuju je, SW pun. Bila contraction datang, saya teran sekuat hati, macam nak tercabut rasanya bar katil tu saya genggam, sambil mendengar suami suami memberi semangat, tiba-tiba macam sesuatu meluncur laju, rasa seperti buang air kecil, dan Dr Huam tayang ke atas. It’s Aman. Ya Allah… it’s Aman. Anak ibu.

Longlai saya. Rasa hilang sakit. Memang hilang pun sakit tu. Saya masih dalam keadaan mamai, entah mengapa, ngantuk yang berat. Dalam tahan mata, saya dengar dan lihat SW dipanggil oleh Dr Huam, memotong tali pusat. Kemudian, Dr Huam tunjukkan pada saya “It’s a boy, 5.25pm, 13th January, 2.84 kgs, congrats Puan, Encik..”, lalu Aman diletakkan panas-panas kedada saya. SW tunduk lalu mengazankan Aman. Allahuakhbar… Allahuakhbar.. sebak. Kuat saya genggam tangan SW ketika tu. Tahu tahu nak rasa yang bagaimana. Aman sangat kecil, macam anak cina.

Lepas tu, SW dan Aman pergi dengan midwife dan nurse comel. Cuci kot. Saya pun tak ingat, sebab masa tu yang saya tau, segalanya dah selamat dan saya nak tidur. Mengantuk. Sekali lagi saya diseluk, ditekan-tekan, agak sakit, kuat juga saya menhan nafas. Apa lagilah diorang buat kat bawah tu, saya tak ambil tahu.. saya tidur.

Dalam mamai, saya dengar suara Che Nani, eh boleh pulak dia masuk labour room. “Muka Pokyed, muka Pokyed”.. tu je yang saya dengar. Dan saya pun tak tahu bila saya dibersihkan. Ruapanya saya tertidur, jam almost 6.30 petang. 2 orang nurse membantu saya menukar katil. Almost pukul 7 petang, saya dan Aman di tolak ke ward. Saya nampak Mak, Che Ta, Min, Taj senyum ke arah saya. Entah apa rasanya.. saya senyum dan tidur kembali rasanya.

Bila saja terjaga bilik penuh dengan orang. Joe, Ammar, Zakwan pun ada. Dan malam tu, malam pertama saya bergelar ibu. Aman merengek, Alhamdulillah nurse sentiasa alert membantu mengajar saya susukan Aman. Alhamdulillah, Allah memberi izin saya susukan Aman, Alhamdulillah Allah memberi Aman rezeki susu ibunya.

Dear Aman, bantu ibu dan baba menjadi pemegang amanah yang cintai Allah, dengan menjadi anak yang soleh, yang bermanfaat, yang berilmu, yang tenang, agar kami tidak di soal tentang tanggungjawab kelak.

Ahmad Aman Sidqi, selamat datang sayang.

Ibu Aman,

Entry ini siap ditulis pada Hari Ibu, 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: