Meja makan masih utuh

Bismillah.

Alhamdulillah, our table for two masih kukuh untuk tahun ke-dua. Inshaallah tak lama lagi tambah highchair lengkap dengan tray.

Memandangkan 1st of December tu hari isnin, ahad 30th tu, kami berdua dah pun meraikan anniversary kami. Bagi orang lain, pekehal beriakan. Tapi tak bagi kami. Sebab kami keduanya punya tahap romantis suam suam air mandi. Jadi setiap tarikh penting wajib diambil kira untuk menghangatkan lagi suasana. Eceh, ayat ko!

Tahun ni biasa-biasa aje, makan tengahari dan coffee break. Perot dah besar (33 minggu), saya memang dah mengah nak mengusung dan selera pun agak memilih. Few tempatlah saya cari, dari dim sum di Sime Darby ke wagyu fresh di Lemon Grass, last-last SW cakap kita pergi jumpa abang Forest Gump je, makan seafood. Sebab saya tak boleh telan steak time-time gini. Daging-daging ni rasa kembang tekak. Berbau.

So, tengahari lepas Zuhur, kami ke Citta Mall, makan-makan selama dua jam. Sembang-sembang untuk masa depan. Sembang-sembang tentang attitude masing-masing. Ya, penting ye tahu buruk baik – untuk kita baiki, untuk pasangan lebih memahami dan menerima.

Kemudian terus ke OU, beli sikit lagi barang si kecil. Haih anak, ada aje. Tak habis-habis. Lepas maghrib, kami terus mengopi di Wondermilk. Kali ni bawa buku kira-kira. Mengira peruntukan kewangan 2015. Ya, penting juga. Kami telus dalam bab gaji, share masing-masing, mengagihkan perbelanjaan, mengagihkan saving masa depan, aset, melunaskan hutang, planning dan travel tahun depan. Alhamdulillah, selesai. Semoga Tuhan berkati rezeki keluarga kecil kami.

Penutup acara, SW hulur kotak agak besar. Kalau dulu oven, saya fikir tentu kali ini mixer.

Bukak punya bukak, isi tak setimpal dengan kotak. SW! terima kasih. iPhone 6! Yippih! patutlah beliau asik mengelus kepala saya setiap kali saya complain iphone saya semakin lembab – “sabar.. sabar..” katanya. Haih la awak nih! Terima kasih ye! Alhamdulillah.

Saya hanya mampu menghadiahkan SW minyak wangi sama macam hantaran kahwin dulu. Euphoria. Dah habis few months ago. Tak syok betul tak mencium bau suami pergi kerja.

So, to SW, terima kasih menjadi room-mate saya, masih mahu duduk menikmati makan-makan di meja bersama, berdua.

Allahummagh fir lidzambii (zaujii / zaujati ) wa wasi’lii fii darii wa ariklii fii rizkii. Amin ya Robb.

Alhamdulillah.

baliblog

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: