Rasa nak tukar warna meja

Bismillah

Ada table runner baru. Warna biru. Rasanya tak sesuai dengan meja makan kayu coklat tu.
SW, can you buy cat warna putih for me? I’ll will do the paint worklah. Tak kacau kerja you. Please! Task sebelum masuk labour room. Please!

Sebenarnya, saya kerinduan. Kegatal kekakian.
Kerinduan untuk travel. Serius.

Tahun ni last melihat sesuatu yang baru adalah bulan February lepas. Bro Mountain bersama SW, Cik Ros dan Btsn. Adui.. kangen. Kemudian Tuhan hadiahkan perjalanan baru. Menjaga awak dalam rahim ibu, Nak : )

Bulan depan Editorial team dihadiahkan 5 hari 4 malam ke Bali. Saya tak pergilah. Masa sudah hampir benar. Enjoy guys! Tapi saya dapat cuti la pada hari depa pi tu. Ok gak, boleh buat last minute preparation. Amboi Ibu! macam confident je anak keluar bulan January. Kehkeh. Tapi memang ibu sedang pujuk awak ni Nak, tunggu January ye. Nanti ibu boleh belanja awak celebrate birthday Big Boss kita sama-sama. Kami cappu, awak susu ibu. Amacam? deal?

Ok, saya dah ada target untuk tahun depan. Target mesti ada. Baru menjadi. Google je takkan jadi apa-apa. Tulis-tulis supaya menjadi pemangkin diri. Saya tak suka berangan atas awan. Selebihnya, Tuhan jugalah menentukan rezeki dan situasi. Moga Allah izin.

Well banyak tempat saya ingin pergi dan telah plan. Tapi, Tuhan lagi hebat aturcaranya. So, ada few tempat saya terpaksa simpan (Bye -bye hiking di Lombok, bye-bye berenang di Tasik Sengara Anak). Kene tunggu anak besar. Inshaallah, saya tak mahu meninggalkan anak ketika pergi menyaksikan alam luas ciptaan Tuhan. Biar anak kenal hebatnya Tuhan. Biar anak rapat dengan kami. Inshaallah.. kecualilah jika benar-benar terpaksa.

Alhamdulillah, isnin lepas pergi check-up 7 bulan. Anak sihat, ibu pulak kena ambil darah. Untuk check Hb. Bulan depan keluar result. Alhamdulillah, anak ibu baik ooo. Kepala sudah kebawah. Ready nak keluar ye nak? Sabo.. sabo.. dan sudah seberat 1kg. Ada kemungkinan naik sampai 3kg ni masa dilahirkan – kata Mak Bani. Uhh.. moga Allah mudahkan process lahirkan awak ye.

Sabtu lepas ke KPJDamansara. Masuk kelas. Terpisat-pisat muka SW. “Huhhh.. ssssshhh… huh..” kuikuikuik. Naik pitam SW tengok video macam mana yang Inshaallah akan saya hadapi. Besarnya kepala anak akan melalui vigina, lalu Tuhan pusingkan anak secara natural untuk memudahkan bahu keluar. Jangan kata SW, saya adakalanya menutup mata.

Hebatnya Tuhan! Hebatnya ujian yang bakal dia berikan untuk saya kelak.

Ok, off to work. Banyak merapu.

Doa banyak-banyak Puan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: