Tepi Meja Mungkin Tambah Kerusi Kecil #3

Bismillah.

Yippih!

Akhirnya, sabtu lepas saya bersama SW berjaya bershopping (Mid Baby Expo) untuk persediaan menyambut si kecil. Thanks to Che Nani and Ammar – Hannah, Che Ta and Mimin sebab teman.

Nak tercabut kaki. Tapi Alhamdulillah.. 90% dah selesai. Saya rasa SW lagi bersemangat dari saya. Saya lebih pada barang-barang wajib ada seperti baju, barut, peralatan mandian dan benda-benda yang wajib dibawa ke hospital.

SW.. ikut sahajalah katanya. Saya tahu dia sangat sukakan bayi. Dia ke Ikea, beli almari pakaian anak. Kombinasi biru dan putih. Membeli lampu dinding untuk diletak di atas baby cot. Saya boleh geleng kepala sahaja. Sikit pun takde marah, malah rasa bersyukur dengan ke’excited’an beliau. Seperti sebuah penghargaan untuk rasa-rasa lelah saya.

So, Inshaallah, lagi 2 bulan kami menanti penuh debar.

Mak tak pernah gagal menelefon bertanya khabar 2 hari sekali. Mesti. “Sihat tak Yon?” “Nak makan apa Yon?”

Abah tak sudah-sudah pesan baca Quran, baca surah Mariam, Luqman.. mengaji jangan tinggal (tapi menantunya kadang-kala tidur je lebih).

Mak mentua tak jemu mengepos lauk pauk, saya saya tak perlu ke pasar. Rendang ayam, gulai, ikan, ayam sedia dipanggang, udang besar, kari ikan bawal emas, sotong besar.. tanpa jemu di frozen untuk saya. Aduhai Mak.. Beria juga dia mencari kain, menempah set tilam, bantal kepala, bakul, set tilam untuk travel untuk cucu bakal lahir.. Aduhai Mak.. terima kasih..

By the way, masuk 7 bulan ni, saya mula membuat air selusuh sendiri. Caranya mudah… ini pesan orang-orang tua.

Mandi dan cuci rambut sehingga bersih. Jangan dikeringkan dalam bilik air. Biarkan basah. Selepas menutup aurat ala kadar, gunakan jari, tarik air yang ada dirambut sehingga ujung, dan minum sikit air yang jatuh dihujung rambut, sambil membaca Bismillah 6. Bismillah 6 adalah antara bacaan untuk menghasilkan air selusuh.

Ini usaha. Selebihnya, baca Quran, Yassin, bangunlah malam – minta ampun dengan-Nya, doa minta dipermudahkan, dipanjangkan umur keduanya.. Duhai! kerdil! kerdil rasanya! Alpa rasanya!

Esok jumpa doctor untuk check-up 7 bulan. Kena ambil darah sekali lagi. Untuk tengok kandungan Hb. 2 bulan lepas, agak rendah – 10. Esok juga harus scan tengok kedudukan anak. Bulan lepas, dia melintang. Anak, please… duduk balik tempat yang disediakan, mudahkan Ibu lahirkan awak ye… supaya ibu merasa sakit itu.. supaya ibu lebih insaf.. supaya ibu lebih takut dengan Allah, supaya ibu tahu apa yang Wan rasa.. supaya ibu lekas-lekas insaf untuk tidak menderhaka.. dan anak, supaya kita berdua dapat ringankan bil hospital/kewangan hero keluarga kita…

Now si kecil ni tak boleh duduk diam. Bergerak aje kerjanya. Keras perut, berkerut saya menahan senak dan pedih. Tapi melegakan, sebab saya tahu, setiap pergerakkan active menunjukkan si kecil ni sihat Alhamdulillah. Ok nak, keep onnn moving!

Minggu ni selera makan sudah berkurangan. Mungkin sebab flu. Susah nak menahan membuang air kecil. Pagi-pagi dah start muntah-muntah. Saya tafsirkan, ini petanda tak lama dah : )

Ok, til den!

Tanah Lot, Bali.

Tanah Lot, Bali. Nanti kita ketemu lagi, Inshaallah.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: