Meja itu memang untuk dia

Bismillah.

Actually, saya agak tertarik dengan isu yang diutarakan oleh seorang kawan. Mengenai cinta berlebihan pada suami. Si buah hati. Berjiwang-jiwangan.

Dari dulu lagi saya sudah dijolokkan dengan kata-kata, cinta pada lelaki – yakni suami tak perlu berlebihan. Ia bersifat sementara. Jangan meletakkan harapan tinggi pada suami (baca: tak bekerja, tak punya rumah sendiri, harta dan kerjaya), nanti bercerai hidop, baru ternadah. Perempuan harus ada back-up.

Yada-yada. Itu orang-orang. Saya lain.

Ya, saya memuji suami bagai dia terbaik diciptakan Tuhan. Paling manis. Paling baik. Paling bertanggungjawab. Paling garang. Paling punya ilmu. Segalanya. Takkan saya war-warkan sekelumit pun cacat celanya.

Ya, saya cintakan SW bagai nak gila. Orang-orang nak cakap apa, saya tidak peduli (Eh tapi siapa nak cakap, sebab saya tak pamer pun di public. Bukan malu, tapi hormat). Saya punya prinsip sendiri. Itu sebab blog ini penuh dengan cerita bunga kembang tak kuncup-kuncup. Si pembaca pun dua tiga orang sahaja (di JB, di Putrajaya dan di Kg Baru). Yang tahu “kegatalan” saya. Eh, tapi blog ini memang saya cipta untuk memori saya kepadanya. Tajuknya pun meja untuk dua.

Baik, prinsip saya – bercinta, sila bercinta sedalamnya. Macam kita cintakan Tuhan. Apa jadi kalau cintakan Dia ikut mood. Apa jadi kalau cintakan Dia sikit-sikit. Apa jenis cinta yang punya rasa insecure? Apa jenis cinta yang perlu berjaga-jaga? Eh, boleh tenang ke hidop?

Ya, cinta pada Tuhan harus serius. Maka kerana itu, saya juga serius cintakan SW kerana SW itu pemberian Tuhan pada saya. Maka, kenapa perlu ada rasa doubt untuk mencintai hadiah dari-Nya. Jodoh tu Dia yang tetapkan. Ada berani nak was-was?

Diambil kembali kelak? Sudah semestinya. Maka, masa pinjaman yang Tuhan bagi, saya harus pulun sehabis baik. Jadi, dimana salah saya “menggatal” bak Mastura kepad Jebat. Eh tetibe : ) Eh, saya lagi gatal kalah Mastura k.

Rugi kalau sikit-sikit punya rasa insecure. Rugi kalau sibuk berfikir “kalau cerai..kalau mati.. menderita sangat hati..” Bahaya perkataan KALAU ni.

Jika suatu hari nanti ditinggalkan atau meninggalkan, at least saya sudah puas mencintainya. Sejuta positive dan keriangan isteri berikan, 2 juta sayang suami sumbangkan. Cuba kira berapa banyak keredhaan Tuhan hadiahkan? Pegang tangan je dah dapat macam-macam pahala..

SW, I love u ketat-ketat. Takmo lepas ok.

P/S: Tapi berjiwangan dengan pasangan tak perlu dicanang pada laman sosial secara berlebihan. Hilang hormat. Sumber cakap belakang, menambah dosa pada orang-orang. Rumahtangga adalah rahsia. Tapi kadang-kala pujian secara live adalah usaha memikat paling comel diamalkan. tepuk dada, jangan over.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: