Meja yang tetap sama warnanya

Bismillah.

Alhamdulillah, seminggu lagi genap 6 bulan awak ibu jaga dalam rahim ibu. Awak tak dok diam dalam perut ibu. Geli la nak. Kadang-kadang ngilu. Payahnya nak tidur. Mengiring ke kanan salah, ke kiri lagilah pedih. Selalu terjaga untuk kalih tidur. Tak sampai hati juga membelakangkan SW. Ibu dilema betul-lah nak : )

Persiapan adalah sikit-sikit. Beli baju beberapa helai. I can’t handle myself lah bila nampak baju comel-comel ni. Banyak lagi yang pelu disediakan. Bukan barang bayi je, mental – fizikal – amalan semuanya belum cukup. Cuak ui.

Macam-macam cerita, pengalaman, pendapat, baik dan buruk saya dengar dari pelbagai sumber. Yang baik, yang positif, saya ambil. Yang negative saya dengar je. demi menjaga hati. Kesimpulan saya, lain orang, lainlah pemberian Tuhan. Pusing mana pun, czer, normal, epidural, vacum, tumpah darah, hatta meninggal dunia, jawapannya tetap sama – bakal ibu dan bapa sehabis kudrat melakukan yang terbaik untuk bayi pada waktu dia dilahirkan. Selebihnya Allah juga penentu kejadian.

Persiapan yang lain almost done. Doctor dan bilik Alhamdulillah selesai.¬†Menukar nama pewaris KWSP dan insurance juga selesai. Memilih insurance untuk anak juga selesai. Yang belum selesai mencari tukang urut. Dah ada contact, belum bertemu je lagi. Nursery juga belom. Dah ada tempat, tapi RM1200 sebulan rasa sangat mahal. Ikutkan hati, memang rela sangat. Ikutkan poket… agak tak rela. Hahaha. Cari lagi!

Ohh saya semakin membulat. Selera makan sangat baik. Tapi bak kata Mama si Bulat, saya tetap fussy. Haruslah!

Alhamdulillah, saya takde keinginan (baca: mengidam) makanan atau barang yang bukan-bukan. Semuanya mudah untuk SW. Adalah dalam 2 minggu lepas saya nak sangat makan apam balik xtra gula, kacang dan jagung. Mencarilah si SW, bila dibawa balik, makan sepotong dua je. Mengeraslah dalam fridge, dan diakhiri dalam tong sampah. Haihs!

Next weex anniversary ke empat tahun Allah bagi rasa cinta pada kami. Nanti saya tulis lagi.

Babai!

P/S: Sangat rindu pada alam lain ciptaan Tuhan. Nanti ye nak. Tunggu awak besar sikit, kita terbang bertiga.Tunggu bapa awak cari rezeki lebih ye nak. Adoi.. can’t wait.

Advertisements

One thought on “Meja yang tetap sama warnanya

  1. tukarnama says:

    sama! aku ngidam takderlah teruk sangat..nak teringin cari jer sendiri.. :p yeaaah! tak lama lagi awak keluar..abang afir tunggu..kak long pulai pun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: