Warna Warni Kain Alas Meja

Bismillah

Adui. Lama tak menulis. Rindu.

Ramadhan.

Alhamdulillah. Berjaya berpuasa. Tapi tak penuh. Tinggal sehari sebab muntah-muntah. Minggu pertama hingga minggu ketiga saya masih dalam zone morning sickness. Total turun berat badan 7kg. Alhamdulillah, seminggu sebelum raya, loya-loya semakin hilang.

Sepanjang berpuasa, Tuhan je yang tahu sayunya melihat SW. Sahur, pukul 4 pagi SW menanak nasi. Kemudian solat dan mengaji. pukul 5 pagi memanaskan sejenis lauk (beli dibazar), membancuh milo, sediakan jus dan roti untuk saya. Saya hanya keluar bilik bila semua dah ready. Kasihan pada suami. Tapi apa kan daya. Saya tak boleh mencium bau dapur.

Camtu juga bila berbuka. Saya cuma makan buah, minum jus, makan ubat. Solat maghrib dan isya bersama SW, bertarawih paling banyak 11 rakaat, dan kerapnya 6 rakaat saya akan berhenti dan terus tidur. Bersambung diwaktu pagi. Kasihan suami.

Tuhan itu adilkan. Biasanya pukul 3.30 pagi, bila saya bangun, macam tak mengandung. Segar. Itu je lah masa yang enak saya menikmati Ramadhan Kareem. Lepas sahur saya akan lembik kembali. Akan tidur sampai 8 pagi. Saya tahu, tidak elok, tapi saya tak dapat mengelak.

Sekalil lagi, kasihan suami. Almost 2 bulan pergi kerja seluar dan baju iron sendiri. Kadang-kadang tak maching. Saya diamkan aje. Aduhai SW, minta maaf. Ada kala, saya menangis. menangis yang tak tahu punca. Allah je tau rasa badan, rasa hati. Geram pada diri sendiri yang lembik. Cuba kuatkan diri, tapi tetap tak mampu. Mata dan hati mana yang tak gelisah melihat suami membasuh pinggan, mengemas dapur, mencuci baju, ke kedai mencari makan, pendek kata, muntah saya SW tampungkan, buang air besar pun SW temankan. Manakan mungkin sanggup menderhaka?

Alhamdulillah, saya sudah meninggalkan musim itu. terima kasih Allah, untuk pengalaman, kenangan, keistimewaan dan pemberian.

Puasa kali ni juga ada satu kenangan manis. Sepanjang bulan puasa saya memang tak keluar ke mana, cuma petang hujung Ramadhan, saya ke Putrajaya. Event setiap tahun. Potluck tepi tasik. Kali ni meriah sebab Ain hadir bersama suami dan Wyna. Thank you untuk ukhwah. Moga murah rezeki, panjang umur, Tuhan temukan lagi.

Aidilfitri.

Tahun ni agak meriah. Bak kata SW “Yelah, balik Ipoh katakan”. Kihkih.. bukan pasal tu je, lebih kepada saya rindu adik-beradik saya. Setiap malam kami berwassap. Biskut apa nak dibeli, menu apa untuk dimasak. Paling happy kakak tuan rumah. Sudah lama rumah Ipoh sepi.

Alhamdulillah tak jem sangat (jumaat malam sabtu). Kami berkonvoi 3 kereta. Esoknya ke pasar. Aduhai, nikmat mengandung, banyak kasih sayang diberi. Kemana sahaja kami anak-anak perempuan ayah satu kereta. Bergelak ketawa mengungkit kisah dulu kala. Betapa Khairul Aini rindu adik-adiknya.

Petang raya kedua, kami balik ke Alor Setar, sampai raya ke empat. Mak dan Abah macam biasa, melayan “packing” penuh satu kereta.

Minal aidil walfaizin, semoga bertemu tahun hadapan, bertiga.

 

I love u Bebeh!

 

Meja raya, Syawal 19. 4 bulan 2 minggu awak dalam rahim Ibu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: