Tepi meja Mungkin tambah kerusi kecil #2

Bismillah.

Bulan lalu, kira-kira  seminggu sebelum Tuhan menggerakkan hati saya untuk membuat UPT, saya menjalankan rutin seperti biasa dirumah dan di office. Hinggalah ketika solat zuhur, agak lambat, kira-kira pukul 2.00, kerana saya sangat lapar, makan dulu. Pada rakaat kedua sewaktu qiam, saya merasa ada denyutan jantung/nadi yang laju pada bahagian kiri perut, betul-betul tepat pada melekapnya tangan saya. Sangat laju, terganggu sedikit.

“Kenapa ada jantung kar perut? apsal laju sangat denyutannya? mungkin gerak badan akibat pergerakkan anggota ketika perut masih penuh,” – teori saya.

Esok harinya, its happened again! ketika Asar pula. Allhuakhbar.

“Ada anugerah ke dalam perut ni, Allah?”

Memang sangat terganggu solat ketika itu.

Habis solat, saya terus menggoggle.

 

Katanya:

Tahniah, itu petanda awal anda hamil.

Itu kebarangkian pergerakkan abdomen.

Saya bagitau kepada SW. Saya lupa reaksinya macam mana.

Seminggu kemudian, saya sudah lewat untuk ‘bercuti’ kira-kira seminggu. Seriously, saya sudah terasa bakal mendapat khabar gembira dari Dia.

Selasa cuti am, seperti biasa jam berbunyi 4 pagi, tapi pagi itu, saya malas sangat untuk bangun. Ikutkan sangat sejuk bantal. Tapi macam biasalah, serba salah mengatasi rasa sejuk. Saya bangun juga ke bilik air. terus ternampak kotak clearblue yang sengaja saya simpan di tempat yang saya senang nampak (takut lupa).

Double line. Two red lines. Seriously!

Lekas-lekas berwuduk, terus sujud syukur. Walaupun saya baca di blog-blog, ramai yang was-was dan melakukan ujian kehamilan 2, 3 kali, entah mengapa saya amat yakin walaupun sekali.

Habis solat, pukul 4.30 pagi, saya kejutan SW. Dia malas-malas. Baru tidur kerana menyiapkan kerja freelance.

“Lebih baik awak pergi solat sekarang, atau awak akan rugi. Rugi banyak ni.”

SW seperti biasa akan ambil masa 5 minit untuk bangun. Dia tak boleh bangun mengejut. Take time.

“Lekas, pergi wuduk. Sebelum tahajjud, sujud syukur dulu ye”

SW buat muka yang saya tak tahu nak klafisikasikan. Pelik mungkin. Mahu syukur apa pagi-pagi sepi’e.

Saya tunjuk pada SW.

” Two lines. Im pregnant.. Alhamdulillah”

Zasss.. SW bangun. Tak cakap apa, terus masuk bilik air dan lama saya tunggu dia habis solat pagi itu.

” Saya pregnant…” saya tekankan lagi sekali, sebab SW tetap mendiam.

Dia senyum je. Hek eleh dia ni! takkan mamai lagi.

Mungkin SW masih belum percaya. Ambil masa sekejap, sebelum dia mula berborak.

Kami ambil masa 2 hari untuk pergi ke klinik untuk pengesahan.

Yup, doctor sahkan saya mengandung 5 minggu. Di jangka melahirkan pada 15.1.15.

Mak saya cukup gembira sambil menangis dalam telefon.

Mak mentua saya punya banyak nasihat dan memanggil saya Mak Labu.

SW tetap menjadi hero supersoulmate membuat semua pekerjaan rumah, superdoctor memicit belakang, menyapu minyak panas di kaki sebelum saya tidur, membeli dan memberi segala jenis buah dan jus, chef memasak makanan saya, iron baju saya, malah.. menampung plastik muntah saya.

Aduhai suami. Maaf. Terima kasih.

Mohon pada Tuhan permudahan segalanya. Terima kasih memberi peluang pengalaman ini. Walau berat, payah, lemau hingga menitis air mata, ia bukan pengalaman seperti pergi melancong atau mendapat hadiah duniawi. Terima aksih menghadiahkan SW yang tanpa bahunya, pasti saya rebah sendiri. U, my superhero.

Ok, gua sedih. Mata dah berair. Wassalammu.

 

 

 

Advertisements

One thought on “Tepi meja Mungkin tambah kerusi kecil #2

  1. tukarnama says:

    ooh tahu di awal pagi.. eeeh awal juga tahu yer.. 5 minggu dah tahu 🙂 macam kita org dekat 6-7 minggu.. lambat tahu.. tue pun lepas cek UPT kat opis.. nangis berpelukan ngan makcik kat JB tue.. ooh yesss.. Yed sama ngan Kiki.. dia org mcm ehh ehh? blur2 taik ayam.. hehehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: