Lap Meja: Quick Entry #1

Bismillah.

Quick Entry:

Boeng.

8hb Mac 2014 – tarikh entry ditulis.

Mengalir air mata setiap saat menunggu khabar dari boeng yang hilang itu. Sedih sangat. Sebak. Saya sangat terasa kerana kapal terbang dan saya punya hubungan yang boleh dikira rapat. Tiap kali sebelum melangkah doa tidak pernah putus, walaupun sekadar KL-AOR. Ketika isyarat terbang, saya pasti diam dan berdoa makin panjang, dan semestinya ketika pengumuman pendaratan, semakin kuat saya berdoa. Ketika bumi sudah kelihatan, semakin saya mahu Tuhan izinkan kami lekas mendarat. Sesudah setiap kali penerbangan jauh, saya pasti bayar nazar berpuasa sehari. Untuk membalas segala perlinduangan yang Dia berikan.

MAS.

Naik MAS adalah sesuatu menjadi kebanggaan saya. Proud to be Malaysian. 3 tahun lepas, bagi berbackpack dengan adik saya ke padang pasir middle east – Dubai. Dengan MAS. Ya, berbaloi dengan harganya. Layanan super kasih sayang. Ketika penerbangan pergi, saya transit 2-3 jam di Karachi, Pakistan. Tapi pramugara dan pramugari tak bagi saya dan adik saya turun. Pilot juga datang bersembang-sembang dengan kami. Saya dan adik sahaja penumpang pesawat melayu Malaysia ketika itu. Kami diberi makan dan minum. Di ajak berborak. Lepas mula bosan, barulah saya tahu mengapa mereka tidak membenarkan kami turun – cuaca di Karachi sangat sejuk dan banyak askar-askar Pakistan meronda sekitar parking bay. Terima kasih menjaga kami.

Ketika penerbangan pulang (direct flight malam), saya demam teruk. Diberi ubat – tak boleh makan ubat dengan air putih – diberi jus guava. Sejuk – diberi selimbut – setengah jam sekali, akan datang seorang menjenguk dan bertanya khbar. Dear, MAS cabin crew, terima kasih. Semoga Allah lindungi Kapten, Co-Pilot, crew dan warganya. Pulang dengan selamat!

Apa mahunya?

Seorang kawan yang sampai bila pun saya tidak akan mampu memahami idealogi dan perasaannya. Kerana beliau seorang mahu difahami tetapi sukar untuk dipuaskan. Sekali sudah dibuang, saya boleh sahaja dikutip kembali, tapi tak mungkin kembali dengan rasa yang sama. Diam saya, ketawa saya, ‘sempoi’ saya – saya masih memerlukan respect dari insan sebagai ihsan.

10 bulan.

Dan malam itu saya membaling uniform dengan rasa penuh kesal.

Mangkuk tingkat.

Waktu dioffice minggu lalu, saya terima sms dari SW.

“Hai awak.. lamanya tak makan lauk awak masak. Rindulah.. Sedapnya sardine puff, chicken pie, masak lemak ayam~~

Nanges. Dan minggu ini saya sudah mula memasak selepas subuh. Semalam bawal tauchu, hari ini tenggiri sambal dan esok ayam masak lemak cili padi. Maaf, SW.

Til den.

Advertisements

One thought on “Lap Meja: Quick Entry #1

  1. tukarnama says:

    topik mangkuk tingkat..

    nampak menu ayam masak lemak..esok nak masak lah~~ 🙂
    btw betullah kenkadang kita terlalu busy..dengan kerja, semua-semua lah.. tue belum masuk freelance bagai.. 🙂 come on cheni..we can do it! u can do it~~ 🙂 ‘sila plan menu setiap minggu’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: