MEJA MAKAN DI HABITAT ASING #2

Bismillah.

WIP_6735

WIP_6758

WIP_6861

Alhamdulillah. Baru balik dari travel dengan suami dan kawan-kawan. Panjang kronologi perjalanan kali ini. Mencabar juga. Tapi, memang tak pening kepala dan hati pun gembira sahaja.

Dah 4 tahun kaki dan hati nak melangkah ke Bro Mountain. Tapi masa tu tak kahwih lagi. Jadi, siapa yang layak untuk dijadikan teman?

Saya ini memang memilih teman untuk travel. Selalunya, kalau untuk pergi ke tempat yang saya memang suka dan aim agak lama, saya suka dalam kuantiti yang sedikit, yang masok kepala, yang tak memeningkan, yang tak perlu dijaga hati dan yang penting yang mudah redha dalam semua ketentuan. Itu sebab sebelum kahwin saya bergerak sendiri [baca: kecuali event setahun sekali bersama rakan-rakan; saya anggap ia gathering].

Kawan saya ingin lari lalu mewar-warkan di media sosial. Ingin mendengar alunan R&B. Musik kami. Alhamdulillah ticket sedang murah [kuasa Tuhan, namanya rezeki]. Saya terus mengambil peluang mengajak ke destinasi hati. Yah! langkah kanan.

Lalu, selepas sebulan dengan tugasan research and booking, kami melangkah 5 hari ke bumi Surabaya, lalu ke Jokjakarta. Alhamdulillah, Allah menggerakkan mouse ketika saya menggoggle map. Oh! 5 jam perjalanan dari Gubeng, Surabaya ke Tugu, Jokja. Lalu ke 2 wilayah kami bergerak. Jimat flight ticket ui!

Seminggu sebelum terbang [baca: 14th Jan] pagi-pagi saya sudah membaca gunung berapi Kelud (berhampiran dengan kota Malang – on the way ke Bromo) meletus teruk dan menghamburkan awan panas dan debunya sampai ke Jokja. Allahuakhbar. Kami gelisah. Airport Juanda di tutup dua hari. Gelisah! Longlai! Tapi lekas-lekas beristifar. Kenapa perlu gelisah? sepatutnya berterima kasih pada Allah. Cuba bayangkan ia meletus ketika kami di sana. Mesti kami stranded sama ada dikesejukkan Bromo atau di airport. Alhamdulillah. Kami tetap berdoa.

Hari-hari kami melihat update, alhamdulillah, pagi ahad, AA mengumumkan Airport Juanda dibuka untuk semua penerbangan. Yippih! Pagi khamis pukul 4.30 pagi kami memulakan perjalanan.

Alhamdulillah. Tiada apa pun yang tidak bagus berlaku. Kami tergamam menikmati kanvas ciptaan Tuhan. Kami menghargai nilai persefahaman. Kami memaafi setiap gurau kasar. Kami berkongsi makan dan tambang. Dan yang penting, tiada drama dibelakang selepas pulang. Guys, thanks.

 

bersambung…

Advertisements

One thought on “MEJA MAKAN DI HABITAT ASING #2

  1. tukarnama says:

    bestnya~~ 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: