Resepi atas meja

Bismillah

Masa bujang & bekerja dulu, saya memang kurang ambil peduli dengan dinner. Ada, Alhamdulillah. Lapar, masak atau beli (selalunya beli. Balik lambat). Terutama masa kerja di Level 36th. Pukul 4.30 petang saya sudah membawa beg baju ke gym. Pukul 6.00 petang saya ambil coffee bersama biskut free di gym. Jaranglah masak dirumah, kecuali ada Che Ta masak nasi : )

Setahun ini, rutin agak berbeza. Wajib masak petang. Tapi agak pening juga mula-mula dulu. SW tak makan nasi waktu petang. Harus sediakan mee, bihun, spegetti, pasta, roti-roti atau apa sahaja yang middle-heavy. Mudah jugakan. Tapi lama-lama saya muak untuk menggoreng bihun atau membuat pasta. Bila oven depan mata – Yippih Yah Yah!

Moga-moga kerajinan mem-bake istiqomah.. Hehehe~

Last week bake chiken pie, semalam sardine puff. Pakai pastri yang sama. Lebih usah dibuang. Keraskan aje kat esbok. Bagi saya, pie or puff sama je, yang penting intinya. Kalau inti tak sedap, kurang ummph la rasanya, walau pastri ranggup cam betik muda. Ini saya guna pakai resepi Kak Azie Kitchen dan nak mudah pakai je pastri dah siap beli kat giant atau pakai roti prata. Saya suka pakai jenama kawan. Senang sangat kerja weh (bukan senang nak layan uli doh bila si Hannah ada). Saya memang suka refer resepi dia.

—————————————————————————————————————————————————————

Pastri:

100g tepung gandum
50g mentega
secubit garam
2 sudu besar air
Campurkan semua sekali dan uli sampai menjadi doh (tak lekat kat jari)
IMG_7102
Inti Pie (Ayam):
1 cawan isi ayam yang dihiris nipis
1 cawan cendawan butang yang hiris nipis
1 tin sup cendawan Campbell
1 cawan mixed vegi
1 biji bawang holand dipotong dadu
1 biji kentang dipotong dadu, kemudian direbus
1 sudu kecik lada hitam
Cara cara:
• Panaskan minyak sayur (saya cuba avoid mentega – mentega adalah lemak kekal dalam badan). Goreng bawang holand hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.• Masukkan sup cendawan Campbell, ubi kentang, mixed, air (sikit je – agak2) dan lada hitam. Kacau rata. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.• Canai kulit pie dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.  Bakar selama 5-6 minit.• Tuangkan isi pie yg dimasak tadi ke atas base.• Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pie sebagai lapisan atas.• Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sudu kecik air untuk mengilatkannya.

• Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.

—————————————————————————————————————————————————————

sardine
Inti Sardine:
1 tin kecil sardine (ambik ikan aje)
2 biji bawang merah (sederhana besar)
3 ulas bawang putih
3 biji cili api (hiris nipis)
1 biji limau nipis
1/2 biji tomato (patung dadu)
Segenggam mixed vegi (suka hati nak letak ke tak)
Lada hitam (ikut suka rasa pedas)
Cara cara:
• Panaskan minyak sayur satu sudu besar. Goreng bawang merah & bawang putih hingga kekuningan. Masukan mixed vegi, cili api dan ikan sardin. Hancur-hancurkan.
• Bila ikan nampak dah masak, masukkan tomato dan squeeze sikit lipau nipis (2 jenis asid ni dapat hilangkan hanyir ikan).
• Perisakan dengan sikit garam dan lada hitam. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.
• Sediakan sekeping pastri 4 segi dan potong dua (sama size). Kelar-kelarkan 1/2 bahagian (bahagian atas)

• Letakkan inti pada bahagian yang tidak di kelar dan tutup dengan pastru yang dh dikelar. kelimkan  bahagian tepinya dengan menggunakan garfu.
• Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sudu kecik air untuk mengilatkannya.
• Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.

—————————————————————————————————————————————————————

SW makan 3 biji bersama kopi O. Tu je dinner kami. Alhamdulillah. Seronok ada oven dan ada lak si Cik Ros tolong bagi macam-macam tips.
Alhamdulillah, now saya sedikit busy dengan freelance. Buku resepi 48 pages + cover (English) dan saya harus translate juga untuk versi bahasa melayu. Alhamdulillah.. (Dah mula berangan melangkah kaki ke Bratpack. Hai Herschel~)  Hehehehe!
Advertisements

2 thoughts on “Resepi atas meja

  1. MakBulat says:

    aaa ngan cik ros ade masa borak, ngan kita senyap je… ah majuk!

    krikk…krik…krikkkk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: