Menung depan meja?

Bismillah

Saya memang jarang melepaskan kemarahan ‘luar biasa’ di laman sosial. Saya lebih suka memberi : ) [baca: icon senyum] di chat-chat room. Itu jika kamu sering perhatikan saya lah. Entah. Saya bukan pandai melepaskan rasa hati secara terang atau double meaning.

Maka, agak weird jika saya menulis sesuatu pada muka buku. Bukan niat untuk berpropaganda. Tapi itu amaran. Agar status yang saya coretakan akan menjadi guide untuk orang yang tidak sensitif. Siapa sahaja mungkin. General mungkin.

Mudah untuk mengetahui saya marah – saya diam dan perlahan menjauhkan diri. Bukan membenci, tapi saya takut siapa-siapa makin menyakiti hati.

Ya, saya ‘sempoi’ – ketawa sahaja. Tapi bukan bermaksud saya menghalalkan kata tanpa sensiviti. Mungkin salah saya kerana menyebabkan orang beranggapan saya terlalu ‘easy’ – sampai tidak punya hati untuk di jaga walau sedikit.

Apa pun, disebalik luahan  ‘luar biasa’ di laman sosial, saya juga bukan orang yang pandai bercerita hal saya, terutama yang ‘makan dalam’ atau ‘dikeluarkan maka jatuh dosa’. Alhamdulillah kerana ada rakan yang bertanya. Tanda ambil tahu. Tanda berjiran : ) Terima kasih bertanya.

Sudah faham saya yang berat mulut – mesti faham akan senyum saya – mesti faham ‘falsafah kunci mulut’ saya.

Banyak sudah katanya saya telan, saya lepaskan. Tapi, mungkin ini sedikit menyinggung hati, malah meremehkan status saya sebagai isteri.

Semoga kejauhan ini, memberi kita lebih mesra di kemudian hari.

Advertisements

One thought on “Menung depan meja?

  1. tukarnama says:

    ^_^ itu jer..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: