Meja Planning

Bismillah

Saya baca blog suami saya. Bercerita tentang planning hari muka. Future. Ya, saya setuju. Kenapa perlu takut untuk meletakkan sasaran? Katakan, lalu usahakan. { Oh! ada individu memandang enteng dengan lists of future planning. Tepok dada, lihat pencapaian 🙂 }

Teringat saya pada awal 2012, bila SW proposed lantas saya jawab “Why not?”.

Lalu dia & saya terus memulakan langkah;

i. Kewangan – saya sendiri tertanya di mana dan bagaima saya mempunyai rezeki untuk membuat persiapan perkahwianan dalam masa 7 bulan? Begitu juga SW yang perlu menyediakan wang berlipat kali ganda dari apa yang harus saya sediakan. Tapi, oleh kerana kami berdoa dan berusaha dengan sangat untuk tujuan tersebut – Allahuakhbar! tiada yang mustahil. Contract saya tamat pada December 2011 dengan Scjaven, manakala SW baru habis belajar ketika itu. Saya duduk dirumah menjalankan freelance sehingga May. Dari mana rezeki itu? Ya, kami merancang masa depan, Allah “Kun Fa Ya Kun” memberi kemudahan. Ketakutan? Tidak pernah lekang dari kotak fikiran. Kerunsingan melihat list DO & Done? Lantas malam sentiasa sama-sama berkejutan.

ii. Restu – bukan mudah kedua kami ingin menyampaikan maksud cinta di hati. Pada mak saya, bagaimana saya mahu katakan orang yang merampas hati saya itu muda 5 tahun dari saya dan baru habis belajar tanpa kerjaya dan slip gaji? Pada abah & mak SW, bagaimana mahu dia sampaikan wanita yang ingin di sunting adalah seusia kakak sulungnya – dan pelbagai lagi isu. Tapi sekali lagi, tanggapan dan rasa takut kalah dengan jentikkan Tuhan pada hati ketiga orang tua. Tanpa menolak, restu diberi. Allahuakbar!

Atas dasar contoh besar itu, why not saya mula merancang agenda 2014.

Membahagiakan mak juga mentua. Berpagi-pagian. Mulakan kembali journey kerjaya saya yang berehat agak lama. Berbackpack kembali. terbang ke gunung sejuk impian 3 tahun saya, lalu menikmati kopi diatas keretapi. Put all my energy untuk hari besar kakak kesayangan. Ke tanah Haram jika dijemput oleh Tuhan (siapa yang tidak mahu kan? impian setiap tahun) Kelas menjahit. Dan, yang utama – usaha mendapatkan zuriat.

Moga diredhai dan dipermudah oleh Tuhan.

Kerana saya adalah perancang untuk Dia memberi persetujuan.

Semoga semuanya Tuhan permudah untuk saya dan jika bukan semua, sedikit antaranya sudah cukop juga.

Inna haaza larizkuna maa lahu min nafad.

p/s: SW, terima kasih kerana menjadi individu wajib ADA untuk Planning tahunan saya. Mari kita berpagi-pagian.

Advertisements

3 thoughts on “Meja Planning

  1. tukarnama says:

    amin! eeeh kita pun nak plan juga lah~~

  2. […] dengan entry “Kakak” Cheni di Meja Planning beliau.. maka aku pun terus macam selak kalender, tengok plan nak buat apa~ Aku rasa tahun nie sama […]

  3. niskhair says:

    yeah! Katakan, lalu usahakan! Selamat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: