Meja itu sudah setahun di situ

Bismillah.

01-12-13

365 hari sudah kami menjalani jodoh yang Tuhan kurniakan. Masih tidak terluah ucapan syukur yang mendalam pada-Nya.

Tiada sambutan. Tapi ada kejutan kecil. SW, mana pernah tandus dengan kejutan.

Di mulai dengan kehadiran borang post supaya dituntut di pejabat pos Kota Damansara (kerana encik postmen datang ketika waktu zuhur). Bertuliskan nama SW, beralamat Singapore. Saya goncang penuh ragu. Pil? Vitamin?

Esoknya, saya ke pejabat pos. Malamnya, SW senyum-senyum sambil suruh bukak envelope.

Ya Tuhan… cincin rupanya. Saya terkejut, dalam masa yang sama sedikit marah. Beraninya beli sesuatu yang saya anggap mahal secara online, di kurier melalui pos dari Singapore. Bagaimana kalau hilang? Bukan sikit kes hilang barang. Pun begitu.. pipi tembam ini payah untuk berhenti tersenyum.

Cincinnya sama design dengan cincin kawin. Bezanya, bukan lagi emas yang berwarna emas, tapi sudah menjadi putih. ‘Yang ini pakai ketika kita travel, berbackpack ya. lebih selamat.” Nah! SW boleh tahan fikirannya. Terima kasih atas hadiah. Terima kasih atas ingatan.

Sehari sebelum anniversary, saya diajak keluar. Breakfast di Gedung. Kemudian terus ke Jalan Tar. Sekali lagi, terkesima. Kami ke kedai Akel. SW belikan tudung. Cantik, lembut, wangi – dan yang paling terharu, ia bidang 60. Saya selama ini pakai bidang 50. Dia minta saya menambah size tudung. Aduhai Tuhan… malu? PASTI. Ya, semoga jalan pelahan saya untuk mendidik luaran saya sejalan dengan dalaman adalah istiqomah. Bukan mudah.

Kemudian, SW mengajak ke KLCC. Tapi tak masuk pun KLCC.. kebelakang lagi. Ah! Grand Hyatt Kuala Lumpur. Sudah! Apa lagi ini. hi-Tea. Dia ni! Dah la pakai selebet je.. Dia tahu aje saya suka manis, suka tea… Ini petama kali saya ke Grand Hyatt.. dekorasi moden, layanan superb, architechture yang menawan. Bangunannya berdindingkan kaca almost 99 percent. View KL almost dapat dilihat sepenuhnya.

Kami akhirnya 30th November dengan makan tomyan kegemaran di kedai tepi jalan Diana. Hahahaha.. romantikkan? Hahahaha..

Dan pada 1-12-13, SW hanya mahu saya sediakan makanan kegemarannya. Heh, simple sangat. Bukan makanan mewah. Nasi panas bersama ikan tenggiri goreng, sambal belacan dan kobis beijing + carrot masak lemak susu. Easy pissy! Makan dengan selera, cuaca pula nyaman – hujan dan sejuk sepanjang pagi hingga petang, SW makan dengan selera, berpeluh, menglap hingus.. apa lagi hadiah paling istimewa untuk saya? Ya, melihat suami makan berselera.

To SW,

Forty thousand brothers could not with all their quantity of love make up my sum. Happy anniversary my man…

Amacam beza tak? Muka sya size XL. Muka SW size M. Puiii!

Amacam beza tak? Muka sya size XL. Muka SW size M. Puiii!

 

p/s: Hadiah besday nak oven boleh?

Advertisements

3 thoughts on “Meja itu sudah setahun di situ

  1. tukarnama says:

    comel kan! happy anniversary sayang! alamak aku lak tetiba ternangis di sini.. ooh 🙂 moga meja berdua ini kekal selamanya..amin! 🙂

  2. MakBulat says:

    Alhamdulillah~ Syukur atas kurniaan…semoga langkah semakin jauh~ Aamiin

  3. ceknih nih says:

    tengkiu tengkiu. domo arigato >..<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: