Kakak meja sebelah

Bismillah..

Tak tahu nak mula. Saya bukan jenis orang yang pandai meluah permasaalahan. Sikit benar individu yang tahu masalah peribadi saya. Seakan saya ini ceria sepanjang masa. Seakan hidup saya merupakan  keinginan orang lain. Alhamdulillah.

Tempoh hari Kak Bilis (baca: inilah orang kepercayaan saya) datang ke rumah. Dia melihat. Dia memerhati. Dan akhirnya merasa. Terima kasih atas cari-cari, jawab-jawab, nasihat-nasihat dan yang paling besar,  untuk keperihatinan.

Dear kakak meja sebelah,

Telah saya titipkan kata-kata dan keperihatinan kakak kepada suami saya. Dia, sekali lagi menjadi air sejuk dalam kerak nasi.

Katanya;

Andai individu-individu terpilih itu berfikiran seperti kakak, akan kembang mekar bunga Carnation di meja makan. Akan saya lihat senyuman secantik kembangan. Tapi apakan daya. Kita mulakan dengan hati kecamok, penuh keletihan, penuh kekecewaan, dengan muka keruh, dengan pendekatan yang kurang sihat, dengan merujuk individu berat sebelah… letih bukan? Rasanya tidak perlu menukar meja makan, meja makan yang kita bina dengan jerihnya dipermulaan musim delima. Mengapa kita tidak kembali kepada Pencipta?

Katanya lagi;

Wahai isteri, hela nafas dengan lembut. Yakinkan diri bahawa ini semua datang dari Tuhan. Bahawasanya, kamu itu  warga yang paling bertuah. Tidak pernah kering dari dugaan. Renungkan, bukankah ia sebagai ganjaran dari Pencipta, tapi telah saya biarkan kamu menjadikannya rosak binasa. Dia mahu memberi kamu lebih ganjaran, Dia mahu melihat sosok kekuatan dalam kelembutan kamu.

Kata tamat darinya;

Pacu hati, bangun sepertiga malam dan sujud pada-Nya. Minta Dia bukankan hati individu-individu semoga lebih mengerti. Minta Dia lembutkan hati kamu untuk lebih ikhlas. Dia mahu kamu sedar kesalahan, selepas kamu bersihkan hati, Inshaallah, dengan sendiri (kun faya kun), dia akan membawa pergi kemelut kamu untuk bermanisan di meja makan dengan pantas laksana air deras.

Kelu. Terkedu.

Mungkin benar. Ah! mana ada ‘mungkin’. Ia memang benar. Apabila saya sudah mahu menerima dugaan, saya sudah bersihkan hati, buang rintihan berat, pasti Tuhan nyahkan beban yang dipikul.

Terima kasih SW. Jalan yang diambil, memalukan saya. Keputusan yang diambil penuh ihsan.

Dear Kakak meja sebelah,

Doakan saya semoga perlahan-lahan menggoleskan senyuman agar naik seri pipi.

Shoulders

Shoulders

 

p/s: Esok masak rendang dendeng.

Advertisements

One thought on “Kakak meja sebelah

  1. tukarnama says:

    word paling penting.. “sabar”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: