Meja kantin keretapi #1 : Arau

Bismillah.

3 tahun lalu, 25.09.2010 – Jumaat, Tuhan gerakkan kaki, bulatkan hati. Ke Arau saya menaiki keretapi malam semalam. Habis kerja di tingkat 36 Menara Maxis, terus ke seberang jalan – FF Avenue K, lari sekejap atas mesin sehingga berpeloh, minum coffee, sauna dan mandi air sejuk di tengah-tengah bandaraya. Hidup sendiri.

Seberang kembali ke KLCC, naik ke tingkat 36, campak baju masam peloh, sandang backpack, menulis kepada oskar – “i’ll be not around until monday. see u on tuesday”. Turun ke Suria, beli cupcakes sedap. Satu bentuk KING, satu bentuk LOVE. Turun ke bawah tanah, naik LRT ke KLSentral. Menunggu KTM Senandong Langkawi. Katil di tepi tingkap, buku Bey Ariffin dan iPod penuh Hooverponic. Tengah malam, berganjak ke kantin keretapi. Duduk sambil minum kopi. Tulis-tulis. Masa itu saya seorang yang amat sedih.

Sedih yang entah rasa apa. Letih semua ada. Tahan rasa kehilangan ayah, perginya Teddi, bermain hati dengan ayat-ayat puitis seorang lelaki selamat malam. Dan alhamdulillah, hari itu hari bangkit saya.

Hari ini hari pelik. Terpikir saya subuh tadi – Tuhan itu sangat HEBAT. Diambil segalanya yang saya sayang, terduduk lambat untuk bangkit, diberi rasa gundah dan pilu, lalu otak tepu dan kaki mula mengheret ke daerah itu. Amazing kan? Nikmat untuk seorang pemikir.

Bayangkan Allah menjadikan manusia tanpa memori. Hari ini kita melakukan A, esoknya selepas bangun, kita melakukan B, tanpa mengingati A. Kita bakal menjadi makhluk yang kosong. Sekali lagi, hari ini, saya bersyukur Allah mencipta manusia dengan kenangan. Terima kasih wahai Pencipta. Tanpa ciptaan memori dalam kotak otak, tak mungkin khalifah yang alpa ini mampu mengucap Alhamdulillah.

Saya sampai di station Arau, ‘adik’ yang berjanji untuk menunggu tak kunjung tiba. Duduk dikerusi buruk sambil baca-baca. Bey Arifin memang pandai bermain kata. Si adik sudah sampai. Keluar lambat dari rumah kampus Arau. Sakit perut. Nervous barang kali.

“Kenapa Tuhan jadikan air laut masin?”

Diam.

Buku bertukar tangan. Cari jawapan kat situ.

Seharian bersembang. Semua isu. Dari Gua Kelam ke Muzium Beras. Ke Padang Besar lalu ke Pulau Pinang, ke kedai binatang menonton ikan, hinggalah ke Bukit Mertajam. Suasana tidak pernah tenang. Entah kuasa apa yang saya ada sehingga mampu berkata-kata hampir 12 jam. Mungkin sudah lama tidak punya teman yang dapat membidas idealogi merapu ciptaan saya.

“Cuma kau simpan tempoyak dalam esbok. Tak mengeras kau tahu. Jisim apa yang ada dalam tempoyak? Cuba kau jawab kalau kau betul-betul pintar.”

Semua orang tahu. Saya ini hidung tinggi. Mahu dengan orang-orang punya ilmu. Agul! Maka saya suka usik-usik dengan ilmu. Ngetest kata orang.

Sungai Petani – Langgar – Alor Setar

Papan tanda saya baca dalam hati, dari dalam kereta.

“Weh, apa jadi lepas tu?” tanya saya.

“Tak jadi apa-apa. Semuanya okey” kata dia.

Allahuakhbar! Tak boleh buat main lelaki kecil sedang memandu ini. Macam mana dia tahu menjawab soalan saya! Bagaimana dia boleh mengagak soalan saya bertanyakan apa jadi dengan Alor setar yang dilanggar Sungai Petani. Oh! Khasaf lelaki ini! Dapat membaca pemikiran saya yang suka berfikiran songsang.

Sebelum menaiki keretapi ke Kuala Lumpur dari Bukit Mertajam, si pemandu diam membisu. Rupanya hati si teman sudah terusik ketika melihat air laut dari dek feri ke seberang. Diam dan diam berlarutan hingga seminggu kembali ke Kuala Lumpur.

“Diam. Diam. Jangan cakap apa-apa tentang hati atau rasa yang sedang kau dan aku hadap. Aku tak hendak kurniaan ini merosakkan persahabatan. Diam. Buat macam biasa.”

Dan ‘biasa’lah kami untuk beberapa bulan dan terus bercakap pelbagai topic, berbalas mengepost buku-buku, email-email pelbagai artikel, komen-komen pelbagai cerita. 25.09.2011 – kami bertemu di Ipoh. Berjumpa Emak, Che Bani. 25.09.12 – kami sudah bertunang, dan hari ini 25.09.13 – kami sudah berumahtangga. Allahuakbar… dengan pendirian untuk diam, Allah temukan saya dengan jodoh. Diam berlarutan sehingga kami bertunang. Diam berlarutan sehingga kaki mencecah bumi Terengganu, lagi sebulan sebelum diijabqabulkan. Saat itulah diam terlerai. Entah dari mana kuatnya hati untuk diam. Terima kasih Tuhan. Terima kasih kawan-kawan kerana tidak marah atas diam.

Mungkin sejuta kali saya telah coretkan kisah ini. Namun, ia tidak pernah mati. Memori yang Tuhan beri.

Untuk SW,  three {3} down, forever to go.

Kerana saya Allah telah pilih, selayaknya awak setia saya kasih.

25.90.10 – 25.09.13

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: