Menambah kerusi tepi meja

Bismillah.

Anak.

Siapa yang tidak mahu pada kurniaan Allah yang maha agung itu? Tanda cinta dua hati. Tanda Allah memberi rezeki. Kelengkapan sebuah keluarga. Penyambung khalifah Allah di alam semesta.

Alhamdulillah. Masa ini SW memang pandai mengambil hati. Tatkala hati tercuti, lekas aje di bawa makan ke tempat kegemaran. Meja yang penah jadi kenangan.

Kami mahu anak, pun begitu kami tidak gelojoh menyeru kehadirannya sehingga ia dijadikan isu utama rumahtangga.  Kami bahagia tinggal berdua. Kami ketawa  bersama. Kerana kami percaya, Tuhan akan memberi hadiah-Nya kepada perkahwianan kami setelah Dia percaya kami mampu menjalankan tanggungjawab mengenalkan siapa Dia pada khalifah kecilNya. Seperti kami percaya akan masa Dia menetapkan hari, saat dan nafas ketika kami diberi kuasa untuk berjodohan.

Simple as that. Kami menunggu Dia memberi green light.

Kami ini redha. Kami masih mahu berbackpacking berdua.

Hari terdahulu, saya tidak dapat berfikiran rasional. Ada marah. Punya kecewa. Siapa pun yang bertanya mengenai “dah ada isi?”, saya akan ketawa dan malu. Tapi tidak pada hari itu. Mungkin kerana cara jolokannya membuat hati sedikit duka. Duka kerana dia wanita, punya anak, dan punya rasa yang sama.

“Engkau belum ada mungkin sebab engkau makin gemok. Engkau pergi kuruskan badan. Tak boleh.. tak boleh…”

Saya ketawa.

“Eh, engkau jangan pucat gini sahaja. Make-up sedikit. Engkau berkahwin dengan lelaki lebih muda. Masih ada peminat. Esok ditinggalkan engkau. Lelaki makin naik umurnya, makin menjadi. Engkau melawalah sikit. Nanti suami engkau cari yang lain.. ini bukan main-main..”

Saya tidak jadi ketawa.

Apa engkau kenal SW? Kenali dia dulu.  Jika wanita yang cantik, bermake-up dan berdandan itu yang dikejar oleh beliau, mungkin Allah tidak mengizinkan kami bersama. Alhamdulillah. Ya, saya punyai suami 5 tahun lebih muda. Adakala seperti remaja, masih manja, masih anak emak… tapi buat masa ini, saya masih kenal apa kehendaknya.

Bukan mudah menjadi perempuan. Ada saja di provoke.

Apa pun kata orang, biarlah topic ini sekali sahaja. Tiada kata kesyukuran yang dapat saya gambarkan atas jodoh ini, atas penjagaan dan pendidikan yang SW berikan, atas kesefahaman yang diberi oleh keluarga.

Semoga yang lain-lain, tabah tabah sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: