Untuk meja lebih meriah

Bismillah.

Setelah berbincang, setelah dipersetujui oleh suami, 20hb ini hari terakhir saya sebagai Editor di majalah itu. Perasaan yang amat-amat lega. Saya tiada sebab khusus mengenai majalah atau company itu. Segalanya, alhamdulillah, telah saya siapkan dan lalui dengan baik-baik aja. Hidup dengan dateline, hidup dengan  mainan politik kecil diopis, lumrah sederhana. Alhamdulillah. I’m Free!

Antara faktornya adalah rumah tangga itu sendiri. Saya ingin merasai nikmat menjadi suri rumah. Sedih juga menonton suami pergi kerja tanpa bersarapan. Walaupun baju & seluar digosok, mulut tidak pula disuap. Kerana masing-masing punya arah dan rutin pagi yang agak kalut. Untuk makan malam juga sama. Saya mampu masak sederhana. Kasihan pada SW.

Alternatifnya, saya memasak on weekend. Tapi, Allhuakhbar.. kami jarang bertemu weekend yang dirindui. Ada je activiti. To be honest, saya rindu mahu masak lemak kobis dan goreng ikan tenggiri berserta cili. Puas tengok SW makan tambah-tambah. Rindu untu ke pasar tani. Beli ketam, masak lemak cili padi. Rindu untuk menguli donut di pagi ahad. Rindu!

Dan, this is alasan yang paling “rela” untuk saya berhenti kerja. Saya nak kemas rumah, saya nak pastikan suami balik dan matanya tak semak tengok kain berlonggok tak berlipat, buka sangai nampak makanan. Inshaallah.. moga Allah murahkan rezeki kami.

SW so far sangat memahami. Dia juga tak yakin dengan semangat “suri rumah” yang sedang saya provokkan. Kasi can saya lepak-lepak dirumah, kalau dah tak betah, saya akan mula bekerja semula.

Cakap pasal kerja, saya rasa wajar saya kembali pada anugerah utama. Bidang kreatif. Mungkin kembali jadi designer jika Allah izinkan. Atau kembali menulis. Writer ok, editor takmo kot. Kesian suami mendengar streess guwe hari-hari.

So, this is permulaan.

Good luck, Wifey!

Advertisements

3 thoughts on “Untuk meja lebih meriah

  1. tukarnama says:

    ooh rupanya kamu mahu jon sekali duduk rumah goyang kaki..tgh hari dah fikir menu untuk dinner :p

    saya yang baru berpengalaman menjadi surirumah selama 8 bulan mengucapkan selamat datang~~ 🙂 marilah kita duduk depan tv pada siang hari…sesambil makan kopok…petang sikit kita fikir menu untuk dinner dan minum petang~~ 🙂

  2. Ibu Bulat says:

    krik…krikkk…krikkk….

  3. niskhair says:

    tatau lagilah. mungkin tahan sekejap. lebih kepada mahukan invironment yang baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: