Meja Makan Ramai-Ramai

Screen Shot 2013-08-13 at 8.50.00 AM

Bismillah.

Happy Eid Mubaraq.

Now kembali ke opis. Ikut ritual sebelum Ramadhan. Pergi awal dengan suami, sampai office Inshaallah sebelum 8.00 pagi dan pulang naik bas. Kenapa bukan kereta? Few sebab, parking mahal, minyak lagi, akan manja-manja bangun lambat (baca: lepas subuh selamba gila golek-golek), dan yang paling penting, atleast pi keja ngan suami. ehek.

Raya, Alhamdulillah. 2 hari sebelum Syawal dah fly ke Alor Setar. Baju raya 3/4. Satu lagi tak siap. Hat batik beli kat Mek Sah. Yang paling vouge yang tak siap. Kata Mak Mentua “Hat orang bagi, lagi berkat”.

Rasa lain sangat raya di Alor Setar. Ramadhan terakhir, lepas iftar, masing-masing siapkan kerja. Kemudia semua ready2 Isya’ berjemaah dan takhbir raya bersama-sama. Until 11.30 malam ok. Kemudian, siap-siapkan dapur, iron baju 2 pasang, dan saya end-up tidur almost 1.30 pagi. Pukul 5 sudah bangun kembali.

Tak ikut pergi masjid, akibat panggilan mother nature. Habis goreng ayam rempah dan siapkan meja untuk kami makan bersama, ehhh.. belom salam raya, rumah dah kena serbu. Agak seronok dan impress sebenarnya dengan karekter Abah Mentua. Dia tu serius, tapi punya prinsip, semua budak-budak harus masuk rumah, di jamu dengan nasik minyak, atau ketupat palas, atau sekadar kuih dan air, kemudian di beri duit raya. Semua budak-budak yang singgah, dilayan dengan mesra. Keberkatan lebaran kata beliau. Mak pun camtu. Alhamdulillah. Kadang-kadangkan kita ni alpa, bila nampak bebudak serbu, acuh tak acuh, bagi kuih aje, atau ada yang bagi duit raya and soh depa pi next house.

Dan.. mencuci pinggan, menopup makanan dan kehulu-kehilirlah saya sepanjang hari. Kaki lenguh, tapi still rasa seronok. Dapat duit raya dan hadiah raya blink blink dari suami..  heks miow purr, dapat hadiah blink blink dari Mak Mentua.. heks heks.

Raya ke-3, naik flight pagi pulang ke habitat asal kami. Orang Ipoh mai. Alhamdulillah. Happy je tengok bebudak tu. First time after pindah KD, kakak-kakak mai ziarah. Moga rezeki kami bertambah, moga keberkatan menjengah & moga silaturrahim kami semakin terpelihara. Bawak Yong & Kay ke Ikea. Minum-minum di Starbuck, suami bawak budak-budak main golf 18 lubang. Esoknya, bawa bebudak ke Aquaria. Dan, Alhamdulillah, pukul 8.00 malam mereka sampai ke Ipoh dengan selamat. Terima kasih Allah.

Semalam (Isnin), berdua dengan suami kemas rumah, mendobi & rehat-rehat.

Habis cerita lebaran.

Terima kasih Allah, untuk rasa manja ini.

Ahlan Wasahlan Ramadhan… moga Allah mengizinkan kita bertemu lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: