QUICK TABLETALK #3

31428e17-9517-4a5f-a308-9965e238e63e

(Nota kaki:) This photo taken masa kemas kemas rumah 3 minggu lagi nak pindah ke Setia Alam.

Bismillah.

Bila si Aman mula sepahkan kain yang saya sidai.

“Aman! Don’t! Tau tak Ibu letih ni?”

“Aman tak tau Ibu!”

Arggh!

Aman memang rajin tolong di dapur, dan saya tidak pernah melarang. Biar dia belajar, esok dah besar, Inshaallah akan biasa.

“Ok now you bring grapes tu ke depan.”

“Everybody ke Ibu?”

“Not everybody lah. All.”

Hahahaha.

Bila Aman marah Hannan.

“Aman… malam-malam jangan menjerit..”

“Kenapa pulakkk..” (tag line baru).

“Sebab noisy. Uncle kat atas tu get angry nanti.”

“Kenapa get angry pulakkk..”

“Sebab uncle want sleep.”

“Kenapa nak sleep pulakkk..”

“Sebab esok uncle nak pergi work..”

“OK. No problem!” (tagline baru lagi)

Bila balik sekolah.. masuk rumah terus jerit..

“Ibuuuu.. what’s going on?!”

Hahaha..  you are full of taglines la Aman. Ibu love you to the moon and back Ahmad Aman! I thank Allah for you each and everyday.

 

Advertisements

Meja Untuk 4 di Ruang Kecil Warna Putih – #1

Bismillah.

Alhamdulillah, akhirnya kami dapat kunci rumah. Lepas pantang, sebelum naik kerja, kami pergi tengok rumah. Entahlah, macam mana boleh terus buat deal. SW suruh saya pilih lokasi. Ikut dia, dia lebih ke arah Bandar Saujana Putra atau Putra Height. Adui, jauh la bagi saya. Nak ke Ipoh/Loq Staq tu nanti kene naik Gutrie. Dah la saya ada sikit ‘seriau’ guna highway tu.

Tak ambil masa yang lama untuk saya pilih lokasi rumah, sebab saya cari sekolah Aman dan Hannan terlebih dahulu. Dah jadi dasar saya memilih lokasi tempat tinggal mesti dekat dengan sekolah, hospital dan kejiranan yang ada park/tak busy.

And there you go, Tuhan izin kami tinggal sementara di Setia Alam. Pergi sekali je tengok rumah, terus lock. Kena jampi ngan agent kot. Hahaha.

So August selesaikan segala tok nenek documents, dalam sebulan semua settle di-sign. Saya tak buat apa-apa research pun until December. Banyak kerja di office. Akhirnya after 15hb, baru lah saya ada masa pegang machine, ok Mr Google, be nice to me! Alhamdulillah, tak amik masa lama pun nak buat research, saya simple je. So, pencarian pun simple lah. So, catitan ini untuk kenangan dan tracking for future use.

Vision: Pindah masuk rumah sebelum end of January, paling busuk minggu terakhir. Tak larat lah nak bayar sewa rumah D’Shire dengan rumah Setia Alam lama-lama. Boleh pendek bulu armpit suami I kene tebas. Mak kena cergas nak.

18 December (Isnin): 

Mula bercuti panjang. Mula hantar quotation kat beberapa contractor (total 4). Saya cari satu je, Encik Faizal, sepupu Amy. Dan 3 lagi by SW. Hari sabtu kami kumpulkan semua contractor untuk ukur rumah. Settle tu, apa lagi, dating lah. Tengok Star Wars.. hehehe dan ukur IKEA IKANO.

19 December (Selasa):

Lepas hantar anak-anak ke sekolah (Aman superlah tak happy, dia tau kami nak pi jenjalan..hehehe), terus ke Floor Depot dan Enovar PJ. Ambil rough quotation dan buat appointment ukur rumah. Hari selasa depan kami kumpulkan kedua mereka. Review untuk dedua kampeni ni, simple. Floor Depot mahal, tapi mengikut specific yang kami nak – waterproof. Enovar murah dan service baik, tapi jenisnya hanya ada laminate flooring. Rugi kat situ, sebab harga superb la. So, masih ding dong dengan SW nak pick yang mana. Mungkin menggunakan kedua-dua company based on area.

23 December (Sabtu):

Jaga anak-anak kat rumah. SW pergi sendiri je jumpa contractors. Tak larat la angkut anak-anak, rumah berdebu, panas. Anak-anak saya kan putera puteri lilin aroma teraphy. So, dari 4, yang datang 3. Satu lagi, LUPA. Hahaha, you out! out! mula-mula dah LUPA. Esok lusa i takut dia lupa habiskan kerja simen umah I.

So tinggal 3, satu tu harga not to bad, tapi ada yang SW tak mentioned pun dia quote. So, I said NO. awal-awal pun dah tak dengar detail, sok lusa I pengsan kalau apa yang I nak, lain yang dapat. Ok, kelaut you go.

Lagi satu tu (husband and wife), harga OK, but kata si SW, too corky. Jenis cam “Aku pandai, terlalu pandai”, takut kang memandai-mandai. And, the corky tu melampau sampai dia guna kaki je untuk tunjuk floor tiles kat SW. Manner Kak, please, manner.

So, the winner goes to… Encik Faizal la. Hehehe. Well, masa Amy bagi number Faizal, and my first chat with him pun, my 1st impression kat dia dah OK. Dalam first chat, I said — comfirmkan jumaat ni ye, kalau kita boleh ukur rumah on Saturday. And, friday, he texted me and finalkan appointment. I like. And SW punya 1st impression cam OK. He is the only person yang call SW cakap dah sampai. Hat lain, diam je tunggu dalam kereta.

25 December (Isnin):

Happy Birthday to me…

26 December (Selasa):

SW bawak wakil Floor depot and Enovar untuk ukur lantai. Beza almost 3K.. hmmm.. wait and see la. Banyak kene fikir.

27 December (Rabu):

Pergi survey tiles. Time ni bawak Aman la. Dia dah start cuti sekolah. Lepas baca-baca, sepanjang jalan Ipoh-Sentuh (depan balai Polis) banyak kedai dan harga not bad. Ke sanalah kami. Penat uii kejar Aman. Boleh rambang mata tengok tiles, dari RM2.00 hingglah ke RM40 ringgit sekeping. Cari sebijik yang nak tu agak tricky lah, plus stock pun dah tak banyak, old design selera akak suami isteri nak, so tak banyak kedai supply, so amik yang almost similar. Alhamdulillah. Jalan la dari hujung ke hujung untuk compare harga.

Balik terus ke Jalan Tar. Ohoi! lainnya KL. Hahaha.. lama gila tak pi area tu. Motif, pergi Nagoya. Servey harga jahit langsir. Bertahun tak masuk Sogo (not my fav place kat KL) sebab situ je mudha nak parking, so TER pergi ke level kanak-kanak. So saya TERsangkut kat sana. Poney sale kot. Bukan selalu. Ok, habis TERshopping baju si Aman dan Hannan, SW suruh balik sebab Aman dah mengantuk. Nagoya, kita jumpa lain kali lah. Mak memang suka ke laut nak..

28 December (Khamis):

12 tengahari, kami pergi jumpa contractor di rumah. So, finalkan nak buat camne. Alhamdulillah, bila semua pihak dah setuju, dia cuba bagi datline 10-12 hari boleh siap semua keje. So, kami hanya bersangka baik agar segalanya baik-baik sahaja. Kita merancang, Allah maha mengetahui apa yang terbaik.

Demolition work:

• hack existing 2×4 brick between dining and kitchen area

• hack and dismantle existing wall tiles at dining and kitchen area and prepare surface untuk letak new tiles

Plaster ceiling work:

• supply dan installs new fibrous plaster — stud frame ngan skim coating

• supply and apply new one base coat and two finishing coat

Tilling:

• install new wall tiles kat dry kitchen wall

• install wall tiles (4 keping je hahaha) dan floor tiles kat wet kitchen yang sekangkang kera (saya panggil dapur boho… hehehe i really like watching Poh & C0)

• construct new 2’x3′ table top and apply new piping system

Grill Work:

• supply and install iron grill kat belakang (wet sekangkang kitchen)

Tu je by contractor. Memang bukan major ubah suai. Sebab rumah tu dah elok dan kami memang nak rumah berkonsep kosong, anak anak boleh kayuh basikal dalam rumah, apatah lagi meluncur laju dengan kasut roda.

Habis appointment dengan contractor, dah dapat size final untuk dinding, kami sekali lagi ke Sentul. Kali ni beli tiles. Alhamdulillah, semua ada. Beres dah hal-hal tiles. Harga, Alhamdulillah, di bawah harga yang kami acah-acah quote. Yang penting i dapat tiles boho. Hahaha.

29 December (Jumaat):

Ayuh, kita ke kedai lampu dan kipas. Ke Puchong lah kami. Kedai yang femes la sangat tu. Ok la, dapatlah lampu untuk dapur, lampu down lite untuk ceiling, kipas 2 biji untuk ruang tamu. Kipas yang ada sekarang ni, pindah la ke dalam bilik. Kipas panasonic design ayam ayam tu. Balik pergi IOI kejap bawak Aman makan, dan balik la.

So, minggu pertama bulan January ni, saya dah takde apa sangat main thing nak buat. Nanti update lagi.

Chio!

progressing

Ruang kecil warna putih in progress

 

Good bye Wet and dry kitchen. Jadi satu kitchen je.

 

Mak pening nak pilih nak oi. Poh&Co the bohomian acah acah aje. Tapi tak jadi beli. beli design lain – Aqua Blue (takde lak gambar).

 

Varnish Meja Makan

Bismillah.

Good bye to you, 2017.

I could say we have a good year, 2017.
Opened with umrah. Closed with clearing debts (nafas berbunyi) and get a house (nafas tersekat). And most precious – lahirnya Hannan Qarirah SW (nafas fresh bak limau kasturi).

Dan… tambah hutang baru. Kerana keperluan. Maka kehendak, you go jauh-jauh. Pejam mata kuat kuat pada kehendak.

Terima kasih Tuhan, suami, maks and abah, siblings and friends.
So 2018, welcome you! Moga segala rancang-rancang, Allah permudah lalu memperkenan. Moga hati dan gerak tubuh hanya kerana-Nya, kerana ibadah, untuk ihsan pada orang orang dan bekalan di sana. Moga ilmu makin bertambah, dugaan baik buruk untuk lebih dekat pada-Nya.

Tahun 2018 dimulakan dengan marathon tak berkesudahan semua anime films by Gibli Studio. Hahaha.. entah berapa ratus kali ulang Ponyo, entah berapa ratus kali jatuh hati pada Umi Matzuzaki, apatah lagi si Haku. Hahaha.. new year resolutions ke darat. Bye!

Meja Untuk Empat

Bismillah.

Cepatnya masa bergerak. Ye, tanda akhir zaman paling nyata. Hannan Qarirah  SW, 7 months.

Meja Untuk 4:

Alhamdulillah. 3 Jun 2017 bersamaan 8 Ramadan, tepat 5.00 pagi di Hospital Pusrawi, secara normal dengan berat 3 kg, Hannan dilahirkan.

Sedikit catatan agar Hannan mengetahui apa yang ibunya lalui sebelum Allah menyatukan kita berempat (in case im not longer around atau skru dah tercabut).

Saya cuti seminggu lebih awal dari tarikh sepatutnya. Masuk mingu ke 37 saya surrender untuk ke office. Tak larat dah rasanya. Alhamdulillah Chef Editor izinkan. Dalam seminggu tu, saya agak enjoylah. Pergi hang out, shopping, kemas rumah dan settle kan segala hal. Masuk minggu ke dua bercuti, dan jatuh pada bulan puasa, saya dah tak betah. Lamanya si anak ni lepak dalam perut. Keletihan makin terasa.

Sehingga genap minggu ke 39, saya berjumpa doctor, katanya bayi semakin membesar (3.4 kg), tapi baby still jauh. Aduh anak, ngapain kamu? Hari last check up (Selasa, 30 May, due date 1 June), saya pergi sendiri, terus masuk LR untuk scan baby dan CTG. All good. Heart beat OK, but still tak menunjukkan baby nak keluar dalam masa terdekat. Dan yang digeruni juga berlaku, doctor seluk dan memusingkan sedikit jarinya untuk membuat bukaan.

Doctor bagi tarikh akhir, which is 6 June, 6 hari lewat due date untuk serah diri. Aduhai! Saya dah termenung panjang. Baliklah saya sambil memujuk anak agar lahirlah sebelum 6 June, tak sanggup saya nak induce atau czer. Dan sepanjang waktu siang bulan puasa saya tak duduk diam, kemas almari, cuci bilik air, kemas dapur dan segala hal saya lakukan untuk mempercepatkan bukaan.

Hari rabu, waktu maghrib, ada bleeding spot brown color dan berlarutan 3 hari berturut, tanpa ada rasa sakit (mild contraction). Ada sekali je hari khamis, saya terpaksa buka puasa sebab rasa memulas. Atas cadangan SW, Group Mommypoko dan Che Amas saya berbuka untuk mendapatkan tenaga in case dah time for me to push (anytime, who knows). Nada! its just bracton hicks. Caih! Kerugian puasa di situ.

Hari Jumaat (2 June), saya tak larat nak masak, call SW, ajak ke Cecawi, nak berbuka nasi kerabu, dan Aman nak chicken satay. By 6pm, ke bazarlah kami bertiga. Sedang jalan kat bazar tu lah saya rasa mild contraction mula berlaku. Makin lama makin menyucuk. Berbuka pun rasa slow. Sambil makan, saya bagitau SW, its a time! Solat maghrib, kemas barang, solat Isya and off we go.

Sampai Pusrawi more less 10.00 pm, Saya terus di bawa masuk ke LR, buat CTG dan check bukaan. Alhamdulillah, dah 2cm. Half and hour lepas tu Dr sampai, again kene seluk. Lambat lagi katanya.. paling cepat esok pagi, paling lepas asar. Di tolak ke ward dulu. Ambil single room with 2 bed. Tidurlah Aman di hujung katil bersama SW. Saya plan nak tidur, tapi sakit mencucuk buat mata segar bugar.

Malam yang paling panjang saya rasa. 12 pagi ke 1 pagi rasa amat lama. Tak tahan menahan kuatnya contraction saya berdiri almost sepanjang malam. Tertonggeng-tonggeng memegang katil sambil SW mengurut pinggang, mata pulak asyik tengok Aman, masih memantau keadaan eczema-nya. Kejap-kejap SW berlari ke Aman, tolong garu, kejap-kejap memicit belakang saya. Kejap-kejap dia berbaring. Penat mungkin.

Around 3 pagi, saya rasa semakin kuat dan kerap contraction berlaku. Saya kejutkan SW, mintak dia panggil midwife untuk check bukaan. Sekali di seluk, dah 6cm. Saya terus di tolak ke LR. Saya terus minta SW hubungi Che Amas yang standby dirumah. Minta tolong jagakan Aman yang tidur.

Masuk labour room, sekali lagi heart beat bayi diambil. Alhamdulillah, she’s fine. Sakit ya amat, tapi rasanya saya amat tenang. Sampailah tiba-tiba Che Amas masuk ke LR, di pegangnya tangan saya, mendoakan semoga semuanya selamat, agar saya kuat. Adik saya datang seorang diri memandu dari TTDI pukul 4 pagi untuk menjaga Aman sudah cukup menguatkan hati saya. Walau sedang sakit, hati dan fikiran saya tetap pada Aman. Saya risau dia menggaru atau menangis tanpa pantauan.

SW masuk temankan saya. Masa tu, memang saya dah tak tahan sangat menanggung contraction. Dr sudah sampai and 7cm ketika itu.

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin

Itulah yang saya ulang ulang sepanjang tempoh sakit. Alhamdulillah, saya bertemu midwife yang super membantu. 7cm tapi si anak still tak mahu turun dengan jayanya. Diajar saya posisi mengiring. Sambil diteman SW disebelah, saya push sendiri sendiri, sambil midwife korek apa tah kat bawah tu. Sakitnya, Allahu.. ngilu bila fikir. Saya rasa push sendiri tu membantu bukaan lebih cepat, sebab bila midwife seluk lagi, dia terus panggil Dr dan seorang lagi pembantu (baca: cheerleader) masuk ke LR.

Saya dah tak tahan, saya minta untuk push. Dr suruh push je bila saya ready nak push. Empat lima kali push, still baby tak nak keluar. Letih dan sakit tu tayah cakap lah. Saya ingat lagi, SW suruh zikir sambil cakap, awak kuat.. awak kuat. Saya rasa push yang ke 7, baby meluncur keluar. Laju. Allahuakhbar.. hilang segala sakit. Sempat Dr cakap “Sempat kita sahur ni Encik Syahid.” Hahaha.

Dr dekatkan baby, perempuan katanya. Tak tak dapat berlama-lama, baby dah kurang oksigen sebab lama sangat lepak kat dalam… heheh awak ni Adik! Terus dibawa keluar bersama SW. Saya tak dengar apa-apa dah ketika tu. Yang saya tahu, saya nak Dr cepat-cepat selesaikan menjahit dan saya sangat mengantuk. Saya dengar suara SW dan Che Amas sembang-sembang di luar pintu.

Lepas sejam, selesai di jahit, dibersihkan, tukar baju, saya di tolak ke bilik lebih kurang jam 6.30 pagi. Saya cari Aman, Aman masih tidur atas xtra katil di penjuru bilik. Saya nampak SW sedang solat subuh, Che Amas ke surau mungkin. Saya tak tunggu lama, terus pejam mata.

Rasanya saya bangun around 7.30 pagi sebab baby di bawa masuk untuk diberi minum dan ketika itu juga Aman bangun. His first word ketika melihat Hannan;

“Who is this?”

“Adik. Yang dalam stomach Ibu tu dah keluar.”

“Ohhh adik. Okey. Baba, can we go home? Aman lapar. Nak pasta.”

Bertuah betul.

Alhamdulillah.

Welcome you, Hannan!

HQSW

Quick Tabletalk #2

Bismillah.

Balik kerja petang, tengok daily report Aman. Oh, hari ni belajar tiup belon dan lepaskan. Up and down. Gravity. Lalu saya tanya;

“Aman, apa yang go up and then go down?”

Dengan harapan dia akan jawab belon.

Nope. Lain. Saya jadi Ahhhh-ed.

“An ESCALATOR Ibu.”

Selamba. Buat muka acuh tak acuh.

Hai lah anak. Jawapan selalu di luar imiginasi Ibu.

Mungkin sebab setiap pagi dan balik sekolah dia lalu depan station MRT dan nampak escalator bergerak naik dan turun.

Meja Aman

Bismillah.

Tiap hari ada je perkara baru yang mengejutkan diucap atau dilakukan oleh si Aman.

Balik dari kerja dan ambil Aman sari school, SW bisik — pagi tadi Aman counting one to twenty.

What?

Terkejut saya. Sebab di rumah baru belajar until ten.

Lepas makan malam, memang waktu untuk dia bermain dengan Babanya. Malam tadi, susun lego tinggi-tinggi. And yes… Aman kira bricks one until twenty (catatan hari muka: 10 April 2017; number 1 – 20)

Allahuakbar!

Dear Aman, play hard.. study smart ye sayang!

We think that — to count eleven to twenty still early for his age.. but alhamdulillah.. he went well. Good job Aman! Thanks, School! Syukur Allah!

Rutin setiap malam sebelum tidur. Habiskan satu buku with Baba.

 

Berteleku Dagu di Sisi Meja #4

Bismillah.

Long and deep.

Malam tadi sembang dengan SW, sambil tengok Aman tidur, sambil di urut-urut kaki. Nyaman.

Bila saya di sahkan mengandung, SW mengambil langkah separa panjang. Saya rasa begitu. Dia mencari jalan menambah rezeki. Dia mula busy – tapi saya biarkan. Saya masih ingat, masa baru-baru kahwin, bila saya tanya, sampai bila dia mahu temankan saya bermastautin di bumi sementara; KL, dia kata – Yu balik ikut saya ke Alor Setar bila sesuatu sudah berada dalam tangan saya.

Ya. Saya tahu dia tak main-main. Saya kenal siapa lelaki kerdil tapi berani mati ini. My Syahid. My life. My everything. Lelaki tegas (garang?) tapi manis.

Saya bagi support secara jihad seorang isteri dan juga sebagai sahabat. Setakat ini. Termampu itu sahaja.

Isnin, jumaat — malam wajib SW tidak ada di rumah. Kadang midnite, kadang 2-3 pagi baru balik. Saya pegang kuat rasa-rasa hati. Doa-doa hanya untuk kesejahteraan beliau.

Sabtu kadang kala dari pagi sampai petang.

Mampukah saya memikul rasa-rasa hasutan?

Mampukah saya memikul rasa-rasa yang Tuhan beri kepada seorang isteri pada suaminya?

Risau, resah, tiap kali suami masih belum pulang bila pukul 11 sudah terpampang. Tambah-tambah mesej tidak dijawab.

Sekali lagi saya tanyakan SW malam tadi. Apakah di sebalik kesibukkan mencari rezeki dunia? tidak cukup kah kita bersederhana?

Walau saya tahu hakikatnya impian dan harapan kami pada dunia dan akhirat adalah sama. Secocok.

Katanya;

Satu – Nawaitu utama.

Niat saya mencari rezeki Lillahi’taala. Kerana Allah. Untuk jalan Allah. Untuk ibadat.

Dua – Nawaitu untuk kecintaan.

Niat saya hanya untuk menyediakan tempat berlindung, pendidikan dunia akhirat yang sempurna, kenderaan selesa untuk bergerak, makan pakai dan sedikit kesenangan sederhana untuk isteri saya, anak-anak yang membawa nama kita, jika ditakdirkan saya tiada. Kahwin atas jodoh Tuhan berdasarkan timbul rasa cinta, selayaknya awak saya tinggalkan dengan kesenangan atas segala beban payah berdua. Tuhan, saya dan awak sahaja yang tahu apa yang awak beri pada saya dan anak-anak.

Tiga – Nawaitu untuk Keluarga.

Rezeki untuk dikongsi. Diberi-beri. Wajib menolong saudara sedaging sebelum memberi pada saudara seislam.

Saya senyum.

Tapi saya tambah.

Tahukah awak, dugaan kesenangan adalah dugaan paling payah untuk di tangani. Boleh jadi dugaan goda-godaan duniawi; nafsu wang, nafsu kebendaan, nafsu perempuan?

Curang? — tanya SW. Pandai menangkap.

Saya jenis tidak berdolak dalih. Ya. Saya katakan sahaja rasa cemburu.

Ia akan ada, Yu. Bukan janji, kerana tidak tahu bagaimana Tuhan membolak balikkan hati, tapi saya tahu siapa saya. Abd Wan Azizz itu bukan boleh dibawak main. Saya pegang kata-katanya “tidak boleh kamu mengpoligamikan menantu abah”. Inshaallah.

Tapi saya katakan padanya — jika jadi, saya terima jodoh itu dengan pasti.

SW, terima kasih atas keringat. Terima kasih atas usaha. Untuk kita. Dunia akhirat.

Ok, nak pergi menangis dalam toilet.

 

P/S: Nota ini wajib disimpan untuk masa depan. Adakah suami saya masih seperti sekarang?

Meja makan: Madinah Al-munawaroh #2

My 1st tawaf - Makkah Al Muqaramah

My 1st tawaf – Makkah Al Muqaramah

 

Bismillah.

Catatan manis:

Khamis (few days sebelum berangkat) sahabat sebaya sealiran yang saya kasihi – Cik Jah dengan cuaknya texted saya. Suruh tunggu, jangan tak datang office pada hari jumaat. Ada parcel katanya.

Unfortunately, saya terpaksa EL juga menjaga si Aman di ward. Di paksa-paksanya juga saya ke office. Lalu saya titipkan parcel beliau yang baru sampai ke tangan kerani office.

Petangnya, SW mengambil kiriman. Apalah yang dikirim oleh Cik Jah. Cake kah?

Satu set telekung.

Allahuakhabar. Tahu sahaja.

Balik sabtu pagi, saya terus cuci, di keringkan, di letak wangian, di lipat rapi dalam luggage.

Lama saya simpan dalam beg. Sehinggalah SW bertanya – kenapa tak pakai pakai telekung yang satu tu?

Tunggu. Akan tiba saatnya.

Hari ke-3 di Madinah, menaiki bas ke Mekkah, berhenti di Miqad, saya berwuduq dan menukar tudung, harus memakai telekung, lalu berniat ihram.. saya sarungkan hadiah pemberian sahabat.

Dan malam itu, untuk tawaf dan saie pertama dalam hidup saya, di pimpin tangan oleh Abah, saya membawa sahabat saya bersama berpusingan di mercu kiblat hidup kami – Kaabah yang tersergam, dan bersaie antara Safa dan Marwah.

2 kali umrah saya bersama telekung itu.

Ohh.. tunggu special day baru nak pakai.. semoga si pemberi beroleh kebaikan, dicalit pahala dan dijemput Allah nanti — kata SW.

Amin.. amin ya rob.

Saya tanya kepada Cik Jah, mahu mengirim doa doa?

Jawabnya menyebabkan saya tersenyum.

“Saya tak nak kirimkan apa apa doa. Awak sahaja doakan saya seadaanya..”

Allahuakhabar.

Untuk segala perkongsian kisah selama bertahun tahun lamanya, saya tahu apa yang harus saya minta untuk Cik Jah di tempat istimewa.

Cik Jah, Tuhan izinkan saya menitipkan salam awak pada Rasul di tepi jasadnya di kuburkan..

Dear Cik Jah, terima kasih atas ingat, doa doa, kiriman, ambil tahu, shoulder and thought.

Terima kasih Cik Jah.

 

Meja Makan : Madinah Al-Munawaroh

 

The Syahid’s – Gate 5, Masjidil Nabawi, Masjidnya Nabi. Nun dihujung kubah hijau, jasad mu Rasul..

Bismillah.

Ia bersifat peribadi. Perjalanan TRANSFORMASI bagi saya. As a turning point. Lillahi Taala. Untuk Mu Tuhan-ku.

Alhamdulillah, impian di jemput Tuhan termakbul. Dulu, saya nak sangat pergi, tapi Ayah pula dijemput-Nya. Kemudian, tiada lagi si lelaki mahram yang layak sehinggalah diijab-qobulkan dengan SW. After 4 years, akhirnya, ini hadiah anniversary perkahwinan paling manis diberi oleh Allah, melalui rezeki kewangan SW.

Kronologi panjang yang agak memenatkan sebelum berlepas 8 January (Ahad). Hari Rabu sebelumnya Aman sudah nampak tak sihat.

Rabu malam khamis, midnite, kami decided bawak Aman ke KPJ D’sara. Well, malam-malam, manalah ada Dr Datin Marz. Kami bawa je ke Emergency, di periksa oleh doctor, dan SW mahu Aman di-warded-kan aje. Untuk dia berehat. Saya, setuju aje lah. So, tidur ward-lah kami malam tu.

Khamis – Sabtu: Dr Datin datang membuat check-up, katanya tak teruk sangat, tapi eloklah kasi baik sebelum Sabtu. Agar keadaan Aman tak semakin teruk dek cuaca sejuk kering di tanah suci. Khamis hingga Sabtu berulang alik lah saya dan SW. Letih.. manakan tidak, pagi menjaga Aman, pukul 2 naik grap ke office.. pukul 7 balik ke ward. Jumaat malam sabtu, saya tidur berdua je ngan Aman. SW pulang ke rumah. Buat laundry, kemas rumah (kesamaan kami; sebelum pergi kemana-mana, rumah mesti berkemas, bau wangi, sampah takde, supaya balik nanti kepala tak pening), lipat kain dan packing.

SW sampai ke KPJ selepas solat subuh. Saya pulak pulang selepas breakfast. Packing barang sendiri, iron baju dan pack barang Aman. Tengahari, lunch dengan Bits. Dan petang, Aman discharged. Alhamdulillah. Dr Datin Marz sangat memahami. Mandian minyak harus diteruskan selama 7 hari lagi. Antibiotik 3 hari lagi, sebab ada nanah. Dan macam biasa, malam sebelum berangkat saya tidur almost 2 pagi.

Esoknya, walaupun flight pukul 1:05 petang, kami harus berkumpul di KLIA pukul 10 pagi. So, by 8:00am saya dah naik teksi ke KLIA. Family SW berkumpul untuk taklimat dan serahan passport, boarding pass, so do my sisters – Che Dien, Che Amash and Che Ta. Perasaan yang lain waktu bersalaman. Air mata agak murah untuk kami. Jarang adik saya tu menangis – dan ketika itu, tiada sekatan. Yang saya sangka kuat akhirnya menitipkan rasa rasa hati. Duhai Abdul Khair, anak-anak perempuan anda sangat kuat. You should be proud!

8 Januari [Ahad] : 9 Jam perjalanan dari KLIA – Madinah by MAS [MH800] — eh gila besar boeng.

Duduk je, bagi Aman susu dan tidurlah dia almost 3 jam (bangun awal dan letih dok tawaf sekitar KLIA). Alhamdulillah 5:15pm waktu Madinah (beza 5 hours late) kami mendarat. Alhamdulillah urusan imigresen dan kastam berjalan dengan smooth. Cuma kene tunggu lama sebab stroller Aman turun paling last sekali dengan all the kerusi roda. Selesai semua urusan, kami berjalan mengikut arah ke tempat bas-bas yang telah di sediakan oleh Rayhar.

Ketika itu, saya menarik hand luggage dan SW mendukung Aman. Digenggamnya tangan saya dan mengucapkan tahniah – tahniah kerana akhirnya kaki memijak jua tanah “rumah Muhammad saw”… air mata mula bertakung.

Ya, pertama untuk saya, ketiga untuk SW, pertama untuk Aman as well as Syuhada’ di dalam rahim.

Dari airport ke hotel tak berapa jauh. Dari dalam bas saya dah nampak kubah-kubah dari Masjid Nabi – Al Nabawi. Saat tu, air mata tak tertahan. Menangis jugalah saya di dalam perut bas. Allahuakbar, saat kaki melangkah turun, Allah.. seberang jalan hotel saja dah terlihat gate 25 – pintu Al Nabawi. Bahagian tepi, letaknya kubah hijau.. dan di bawah kubah itulah, tertanamnya jasad yang saya kenali ihsanya, tanpa rupanya – yang saya bersaksikan selama hidup ini – aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh-Mu ya Allah… Allahuakhbar..

Kami sampai selepas Isya’ lebih kurang 6 petang (2 pagi waktu Malaysia), terus ke dewan makan hotel. Aih, mana lah saya larat makan pagi-pagi buta, lagi pun dalam MH800 sudah 2 kali makan. Kuis-kuis sikit dan minum coffee, off we go to the room and get some sleep.

To Be Cont!

 

quick tabletalk #1

Bismillah.

Balik sekolah.

Duduk belakang. Main dinasour. Dinasour jatuh.

“Ouh! I can’t FIND it!”

Saya sampuk.

“Cari again bawah tu”

Dia jerit.

“Ahh! I FOUND it! I FOUND it!”

Saya termanggu.

Allah. Budak ni. Dia tau guna past and present tense! Good job! Find and found!

Big smile.

Pagi ni pulak when my little pumpkin woke up.. sambil garu kepala duduk di riba Ibu..

“Ibu… WHERE’S baba?”

Yes… ada S after where.

Big smile again. Anak dah besar rupanya.